berita

Trailer : Angelina Jolie Muncul Sebagai Maleficent

November 15th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Angelina

Anda masih ingat lagi dengan kisah dongeng Sleeping Beauty? Kami pasti anda pernah menonton filem tersebut kan?

Kalau nak tahu, Sleeping Beauty mempunyai banyak persamaan dengan Maleficent kerana kedua filem berunsurkan sifat dendam dan iri hati.

Bagi anda yang meminati filem bergenre alam fantasi, tidak lama lagi sebuah filem yang hebat bakal menemui anda, Maleficent. Filem yang diarahkan oleh Robert Stromberg bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Angelina Jolie, Sharlto Copley, Elle Fanning, Sam Riley dan ramai lagi.

Filem yang diadaptasi daripada kisah dongeng ini mengisahkan tentang dendam Maleficent (Angelina Jolie) terhadap Raja Stefan (Sharlto Copley), dimana dendam ini terjadi semenjak anggota tenteranya menyerang dan mengancam keamanan kawasan milik Maleficent. 

Angelina Jolie

Elle Fanning dalam sedutan filem Maleficent

Dendam Maleficent ini turut menyebabkan anak perempuan Raja Stefan iaitu Puteri Aurora (Elle Fanning) menerima sumpahan sihir sehingga menyebabkan dia tertidur selama-lamanya apabila dia mencecah umur 16 tahun.

Apa yang pasti, cuma satu ciuman cinta sejati daripada kekasih hati Puteri Aurora iaitu Putera Phillip mampu memulihkan Puteri Aurora dari sumpahan Maleficent itu.

Apakah kesudahannya? Adakah ciuman cinta sejati itu berupaya memulihkan Puteri Aurora? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam pada 29 May 2014. Sebagai rujukan, disini kami sertakan sedikit sedutan trailer filem Maleficent.

SKIP THIS AD ×