berita

Trailer : Captain America 2 Lebih Banyak Aksi & Padu

October 30th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Captain America

Bagi kaki wayang yang meminati filem berkonsepkan superhero, ini ada berita baik untuk anda semua di mana tak lama lagi, Marvel Studios bakal muncul dengan filem terbaru mereka, Captain America The Winter Soldier.

Secara umumnya, filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Captain America yang terdahulu, Captain America: The First Avenger. 

Untuk siri kali ini, Steve Rogers atau lebih dikenali sebagai Captain America telah hidup semula dan tinggal di sekitar Washington, DC.

Sewaktu dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya, S.H.I.E.L.D, organisasi yang menyelamatkannya telah mendapat serangan daripada pihak musuh yang cuba menjejaskan keamanan dunia.

Captain America

Steve & Natasha bekerjasama untuk berhadapan dengan pihak musuh

Berikutan konflik itu, Steve telah bekerjasama dengan Natasha Romanoff (Scarlett Johansson) dalam proses untuk mengembalikan semula keadaan asal.

Apakah akan terjadi seterusnya? Mampukah mereka menyelamatkan dunia daripada ancaman bahaya? Kalau nak tahu, kenalah saksikan sendiri filem Captain America The Winter Soldier ini nanti ya.

Motor Captain America

Motor berkuasa tinggi yang digunakan oleh Steve

Sebelum itu, pada 24 Oktober lalu, pihak Marvel Studios telah melancarkan trailer terbaru Captain America di laman YouTube. Melalui paparan video tersebut, Steve nampaknya menggunakan motor berkuasa tinggi sebagai pengangkutan rasminya ketika bertempur dengan pihak lawan.

Jet perjuang

Jet Perjuang yang digunakan untuk bertempur dengan pihak musuh

Dalam pada itu, Steve juga difahamkan telah bekerjasama dengan pihak tentera dalam usaha untuk menyelamatkan penduduk dunia dan menerusi trailer tersebut, mereka dilihat menggunakan jet pejuang yang canggih sebagai senjata utama sewaktu berhadapan dengan pihak musuh.

Dengan teknologi yang ada, dapatkah mereka mengalahkan pihak lawan dan meletakkan penduduk dunia ke tahap yang lebih selamat? Kalau nak tahu, jangan lupa untuk menyaksikan filem Captain America The Winter Soldier di pawagam akan datang.

Sebelum itu, apa kata kita layan dulu trailer filem captain America selepas ini. Kalau nak tahu, setakat ini trailer tersebut telah berjaya mencapai lebih 18 juta jumlah tontonan walaupun ianya baru ditayangkan dalam masa seminggu. Hebat bukan?

SKIP THIS AD ×