berita

Trailer: Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 Lebih Kelakar!

August 16th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

cloudy-with-a-chance-of-meatballs-2

Anda mash ingat lagi filem Cloudy with a Chance of Meatballs yang pernah ditayangkan pada tahun 2009 lalu?

Jika anda menyukai filem itu kerana kejadian hujan makanan yang dilakukan oleh pencipta genius, Flint Lockwood, maka tahun ini anda akan melihat kejadian luarbiasa yang sama tetapi lebih hebat dan mengagumkan!

Di dalam Cloudy with a Chance of Meatballs 2, Flint yang mula dikenali ramai telah diajak oleh idolanya, Chester V dalam usaha mencipta teknologi yang lebih hebat untuk kemudahan manusia.

Cloudy With a Chance of Meatballs 2 - 3

Namun begitu, keterujaan Flint bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja telah menghasilkan satu ciptaan pelik gabungan antara makanan dan haiwan yang digelar ‘foodimals’.

Akibat daripada itu, Chester telah mengarahkan Flint dan rakan-rakannya menyelamatkan dunia dalam satu misi melawan makhluk sedap namun berbahaya seperti tacodiles, shrimpanzees, hippotatomuses, cheespiders dan banyak lagi.

Filem yang diarahkan oleh Cody Cameron Kris Pearn ini dijangka akan menemui penonton di Amerika Syarikat pada 27 September 2013 dan 3 Oktober 2013 bagi pawagam-pawagam di Malaysia.

Cloudy-with-a-Chance-of-Meatballs-2-Hippotatomus

Jadi, jangan lupa saksikan misi menyelamat Flint dan rakan-rakannya yang penuh kelazatan di dalam Cloudy with a Chance of Meatballs 2. Pastinya para penonton akan kelaparan melihat filem ini nanti.

Sementara itu, OHBULAN! ingin memberikan anda sedikit gambaran mengenai filem ini menerusi trailer di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×