berita

Trailer : Filem Godzilla Versi Baru, Lebih Awesome Dari Yang Dulu

May 8th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

godzilla-2014-movie-wide

Ingat lagi tak dengan filem Godzilla yang pernah menjadi fenomena di seluruh negara sewaktu ia ditayangkan sekitar tahun 1998 dulu?

Kali ini, Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures bekerjasama menghasilkan filem Godzilla versi terbaru yang bakal ditayangkan pada Mei ini.

Menariknya, filem ini menceritakan asal-usul kewujudan raksasa tersebut dengan gabungan cerita asal dari Jepun yang diguna-pakai oleh kebanyakan kisah Godzilla selama ini.

Aaron-Johnson_pictures_in_godzilla_2014_movie

Mengambil latar tempat yang berlaku di Amerika Syarikat, filem yang diarahkan oleh Gareth Edwards ini menampilkan barisan pelakon popular antaranya Aaron Taylor-Johnson, Ken Watanabe, Elizabeth Olsen dan ramai lagi.

Menerusi trailernya, kemunculan Godzilla kali ini dilihat lebih menggerunkan dan mendebarkan hingga mampu menghancurkan legasi manusia di atas muka bumi.

godzilla-2014-movie-screenshot-train-attack

Apakah senjata yang digunakan untuk menghapuskan makhluk raksasi ini? Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan Godzilla di pawagan berdekatan tak lama lagi.

Sementara itu, jom tonton trailer Godzilla di bawah ini. Enjoy!

SKIP THIS AD ×