berita

Trailer : Lepas 3 Siri, Aksi Liam Neeson Mungkin Berakhir Dalam Taken 3

October 1st, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

liam-neeson-taken-22

Dari filem pertama sampailah siri ketiga yang bakal dikeluarkan tak lama lagi, Taken nampaknya tak pernah kalah menyajikan unsur-unsur thriller yang berdebar-tak-hingat kepada penontonnya.

Walaupun baru menonton trailer Tak3n (Taken 3), tapi dah cukup membuatkan kami berkerut dahi sampai nak terjatuh dari kerusi dengan aksi lagak ngeri Liam Neeson yang melakonkan watak Bryan Mills dalam filem itu.

Kalau korang masih ingat, siri sebelum ini iaitu Taken 2 menyaksikan insiden isteri dan anak perempuan Bryan diculik serta diseksa oleh sekumpulan mafia di Istanbul namun mereka berjaya diselamatkan.

Screen Shot 2014-10-01 at 13.00.27

Tapi sangat menyedihkan apabila dalam Tak3n yang terbaru ni, isteri Bryan, Lenore dibunuh dan Brian sendiri dituduh melakukan jenayah tersebut. Biasalah, kena frame oleh orang tertentu.

Lebih malang lagi, bila anaknya, Kim turut menjadi sasaran penjahat. Seperti biasa, Bryan akan berlawan habis-habisan menentang agensi kerajaan yang dianggap bad guy seperti CIA, FBI dan LAPD demi memastikan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Apapun kami tartarik dengan dialog Bryan yang menyebut, “I’m going to finish this”. di dalam trailer terbaru Tak3n. Adakah ini bermaksud film Taken akan berakhir di siri ketiga sahaja?

Screen Shot 2014-10-01 at 12.58.37

Iyalah, rasanya ramai juga penonton yang dah mula bosan kerana boleh dikatakan jalan ceritanya setiap tahun sama sahaja.

Bermula dari Taken, Taken 2 dan Tak3n, kita hanya ditayangkan dengan kisah keluarga Bryan Mills yang diburu penjahat kerana dendam dan sebagainya. Cuma lokasi dan identiti penjahat saja berbeza.

Mungkin jika ada Taken 4 sekalipun, pengarahnya, Olivier Megaton mampu menghasilkan penceritaan yang agak unik dan berbeza dari sebelumnya.

Screen Shot 2014-10-01 at 13.01.30

Apapun, jom tengok trailer Tak3n yang gempak di bawah ni. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada bulan Januari 2015. Tak sabar nak tengok!

SKIP THIS AD ×