berita

Trailer : Nicholas Saputra Muncul Lagi Dengan Karya Hebat?

May 3rd, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Nicholas Saputra

Agaknya, selepas filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ (2002) dimana Nicholas berganding bersama Dian Sastrowardoyo, semua filem yang dibintangi oleh pelakon berusia 29 tahun ini gagal memikat hati peminatnya di Malaysia.

Pelakon yang memang dikenali kurang mesra dengan media ini juga pada tahun 2005 mendedahkan bahawa dia bakal mengakhiri karier lakonannya. Namun dia kembali mengejutkan peminatnya apabila kembali ke layar perak pada tahun 2007 dengan filem ‘3 Hari untuk Selamanya’.

Dan kali ini, berita baik buat para peminat semua! Nicholas bakal muncul di pawagam dengan filem arahan Mouly Surya yang bertajuk, ‘What They Don’t Talk About When They Talk About Love’. Ada yang sudah tak sabar?

Filem ini mengisahkan tentang sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar buta. Sama seperti remaja lain, mereka pergi ke kelas, lakukan aktiviti seni dan juga bercinta. Selain dari itu, mereka juga seperti insan lain yang menunggu masa untuk akil baligh dan menempuh dunia seperti orang biasa.

Walaupun mempunyai halangan untuk melihat, namun mereka tetap mencari cara untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Screen Shot 2013-05-03 at 11.50.39 AM

Kisah cinta orang buta.

Screen Shot 2013-05-03 at 11.50.01 AM

Antara barisan pelakon ‘What They Don’t Talk About When They Talk About Love’.

Filem ini turut dibintangi sama oleh Ayushita Nugraha dan Karina Salim. Menariknya, ia turut tercalon di Sundance Film Festival yang akan berlangsung pada 16-26 Januari 2014 di Park City, Utah.

Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini yang kami kira agak menarik juga.

SKIP THIS AD ×