berita

Trailer : Star Trek Into Darkness Kembali Lebih Mencabar & Menggerunkan!

April 1st, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Star-Trek-Into-Darkness-Official-Teaser-Trailer-realesed-625x452

Bagi anda yang pernah menonton filem sains fiksyen berjudul “Star Trek” pada tahun 2009, jangan ketinggalan untuk menyaksikan sambungan filem tersebut berjudul “Star Trek Into Darkness” yang bakal menemui penonton pertengahan tahun ini.

Sekiranya dalam siri “Star Trek” terdahulu ia menceritakan mengenai pembalasan dendam terhadap kumpulan Nero diatas kemusnahan planet mereka iaitu Romulan, sehingga menyimpan hasrat selama 25 tahun semata-mata untuk memburu kapten Spock, manakala untuk siri kali ini filem “Star Trek Into Darkness” bakal mengetengahkan tentang perjalanan krew Enterprise dalam mencari kuasa bagi menghalang keganasan dalam organisasi mereka sendiri.

Dalam pada itu, Kapten James T. Kirk (Chris Pine) bersama krew daripada U.S.S. Enterprise telah ditugaskan untuk mengetuai satu misi pemburuan bagi menangkap individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan kekacauan di Bumi.

Filem Star Trek kali ini masih lagi mengekalkan pelakon-pelakon asalnya seperti Chris Pine, Zachary Quinto, Karl Urban, Simon Pegg serta Zoe Saldana.

Berikut kami ketengahkan beberapa persolan yang terkandung dalam trailer “Star Trek Into Darkness” :

Star Trek Into Darkness

Siapakah yang menyerang organisasi Starfleet dan mampukah Kapten James T. Kirk menyelamatkan anak buahnya daripada tumpas ditangan penjahat?

Star Trek Into Darkness

Adakah model kapal angkasa yang digunakan oleh pihak U.S.S. Enterprise akan diperbaharui dan ditambah dengan fungsi yang lebih canggih supaya bersesuian dengan era masa hadapan?

Star Trek Into Darkness

Objek apakah yang terhempas jatuh ke Bumi? Adakah insiden ini ada kene mengena dengan ancaman pihak penjahat? Bagaimanakah organisasi U.S.S. Enterprise berusaha untuk menyelamatkan penduduk Bumi?

Siapakah individu ini? Apakah hubungan antara tentera U.S.S. Enterprise dengan individu ini dan apakah konflik yang bakal timbul antara mereka? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem penuh aksi ini di pawagam berhampiran anda mulai 16 Mei hadapan.

Berikut kami lampirkan sedikit sedutan trailer “Star Trek Into Darkness” untuk tontonan anda semua. Jom layan!

SKIP THIS AD ×