berita

Trailer : “Total Recall” Filem Futuristik Tahun 2084 Lakonan Colin Farrell

July 3rd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Sekarang 2012, dan 2 Ogos ini anda semua bakal lompat ke tahun 2084 apabila filem futuristik, “Total Recall”, bakal ke pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.

Filem terbaru lakonan Colin Farrell, Kate Beckinsale dan Jessica Biel ini mengisahkan tentang peperangan antara 2 pihak di Bumi. Konflik menjadi semakin serius apabila seorang lelaki bernama Douglas Quaid (Colin Farrell) yang hanya seorang pekerja kilang telah mengunjungi sebuah pusat yang mampu menanam implan memori artifisial yang boleh mengikut kehendak hidup yang diinginkan si pengguna. Namun, Quaid menjadi semakin sangsi apabila selepas menjalani pembedahan implan memori tersebut, dia terperangkap di antara peperangan yang dia sendiri tidak tahu dia berada di sebelah mana.

Filem ini sememangnya sebuah filem yang sangat futuristik dan kami pasti anda semua sudah lama mengidamkan filem seperti ini bukan? Tambah-tambah lagi apabila ia akan dibintangi oleh 3 orang selebriti yang sememangnya dikenali ramai.

Untuk pengetahuan, filem ini adalah filem remake kembali dari filem asal yang dilakonkan oleh Arnold Schwarnezegger sebelum ini. Menarik bukan?

Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini dahulu!

SKIP THIS AD ×