berita

Review : Transformers 4 – Age Of Extinction, Manusia Kini Musuh Autobot

June 26th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Adakah manusia sanggup mengkhianati Transformer yang melindungi bumi dari kejahatan? Ya, itulah yang berlaku dalam Transformers : Age Of Extinction kali ini.

Filem terbaru arahan Michael Bay kali ini dilihat berlainan dari siri Transformer yang sebelumnya. Masih ingat pertempuran antara Optimus Prime, Megatron dan Sentinel Prime yang hampir memusnahkan bandar Chicago sebelum ini. Ha, kali ini Optimus Prime kembali setelah bertahun menyembunyikan diri akibat kecederaan.

Membariskan pelakon seperti Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Jack Reynor, Stanley Tucci, Kelsey Grammer, Li Bingbing, Sophia Myles dan T J Miller, ia sama sekali tidak menghampakan.

tf4 final keyart hires

Dalam siri terbaru ini, korang pasti tergamam apabila melihat reka bentuk terbaru Optimus Prime yang jauh lebih hebat dari sebelumnya. Lebih canggih dan menarik! Sekali tengok macam lori berlumba pun ada.

Keterujaan korang pasti bertambah apabila melihat Transformers ciptaan manusia yang memiliki kehebatan seakan-akan sama dengan Autobot sebenar.

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Well, untuk siri terbaru kali ini, kami beri 5 bintang. Kenapa? Kerana bukan saja jalan ceritanya lebih padu dan menarik, kesan visual dan animasi yang digunakan turut membangkitkan keterujaan kami sewaktu menonton.

Sesungguhnya, siri Transformers sememangnya tak pernah menghampakan. Dalam siri kali ini, anda akan dibawa ke wilayah Hong Kong dimana tempat berlakunya pertempuran sebenar kesemua Autobot.

Jalan cerita, cinematografi, muzik latar, kesemuanya perfect! Malah, tak melampau kiranya kami katakan konflik keluarga yang ditampilkan dalam cerita ini benar-benar menyentuh hati.

Bagaimanapun, sesebuah filem pastinya memerlukan pelakon yang hebat bukan? Pada kami, pemilihan Mark Wahlberg sebagai tunjang utama Transformers kali ini amat tepat.

Penampilan sulung Mark dalam siri kali ini lebih memberikan impak yang lebih mendalam dan bersesuaian dengan jalan cerita dan amat kena dengan watak seorang bapa merangkap hero dalam membantu pertempuran antara Autobot.

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Mengenai jalan cerita pula, segalanya bermula apabila Cade Yeager (Mark Wahlberg) membeli sebuah trak lama dan cuba membaikinya apabila dia mengetahui sebenarnya trak tersebut adalah Optimus Prime.

Namun, Cade dikhianati apabila rakannya melaporkan perkara tersebut untuk mendapatkan ganjaran. Haa, disinilah segalanya bermula dan sekali lagi Autobot menunjukkan kesetiaan mereka kepada manusia dengan mempertahankan Cade sekeluarga.

Menariknya, musuh sebenar yang terpaksa mereka hadapi adalah dikalangan manusia sendiri. Semuanya berlaku apabila pemerintah AS memburu Transformers secara besar-besaran dan memusnahkan mereka.

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Kalau nak tahu, dek kerana pencapaian teknologi mencipta Transformer baru, manusia mula memusuhi Transformers dan menganggap mereka tidak memerlukan antara satu sama lain lagi.

Apapun, tak rugi menonton filem ini. Nak impak lebih real? tengoklah yang 3D. Hehe. Pasti rasa macam nak ikut sama menegakkan keadilan. Apapun, malam ni penulis nak tengok lagi. Untuk anda, jom tengok dulu trailer filem ini ya.

SKIP THIS AD ×