berita

Treler Simen Terbabas, Lelaki & Dua Anak Maut

November 3rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Bernama

Tiga maut termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan treler yang membawa muatan simen terbabas di Jalan Lama Kota Bharu, Gopeng, malam tadi.

Antara mangsa maut adalah lelaki berusia 30 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia 6 dan 8 tahun.

Sukar mengeluarkan mangsa

Foto: Bernama

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng mendapat laporan kejadian itu kira-kira jam 10 malam tadi.

Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler membawa muatan simen terbabas di bahu jalan menyebabkan tiga orang mangsa tersepit. Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan treler yang terbalik.

Katanya, operasi itu menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mangsa sehingga terpaksa menggunakan jentolak, kren serta jengkaut.

Bernama melaporkan, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, memberitahu abang saudaranya bersama dua anak lelaki sedang dalam perjalanan ke Langkap, Teluk Intan.

Operasi berakhir pada 2.19 pagi selepas dibantu oleh pihak polis, Kementerian Kesihatan, serta Tenaga Nasional Berhad. Mayat dibawa ke Hospital Kampar.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×