Orang Malaysia ni pantang ada benda rare atau viral semua nak cuba. Korang tengoklah kalau ada makanan atau tempat-tempat menarik pasti diorang sanggup beratur panjang. Tipu kalau cakap korang tak pernah buat!
1. Kaki Ayam
Ada peminat kaki ayam kat sini? Haa.. Kaki ayam ni sangat sedap jika dimasak sup, goreng, sambal atau kari untuk dicicah dengan roti canai. Tapi bagi korang yang tidak menggemari kaki ayam ni, korang mesti rasa pelik dengan penggemar kaki ayam ni.
Kalau korang nak tau kaki ayam ni mempunyai banyak khasiat tau, contohnya kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit dan juga baik untuk membendung sendi tulang yang rapuh. So, lepas ni kalau pergi makan roti canai jangan lupa minta kaki ayam sekali ya.
2. Sup torpedo
Siapa yang suka lepak mamak mesti tau yang sup torpedo ni merupakan antara juadah wajib kat kedai mamak. Bagi korang yang tak tau sup torpedo ni merupakan sup zakar lembu.
Sup ini dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki, tapi nak tau betul ke tak, korang kenalah cuba sendiri kat kedai mamak.
3. Semua benda nak letak cheese
Fenemona cheese ni bermula tahun 2016, apabila pisang goreng crispy dihidangkan dengan hirisan cheese. Lama kelamaan banyak hidangan mula menggunakan cheese sebagai penambah selera.
Korang senaraikanlah ayam goreng cheese, nasi goreng cheese, murtabak cheese, nan cheese dan yang terbaru minuman milo turut ditambah cheese. Eww.. Apa ni?
4. Ayam Goreng KFC dengan parmesan dan truffle
KFC ni tak pernah mengecewakan setiap tahun kerana sering mengeluarkan produk-produk baru yang menarik. Tahun ni, KFC perkenalkan KFC Parmesan Truffle Crunch.
Ayam goreng Hot and Spicy tu dihidangkan dengan sos parmesan truffle dengan hirisan keju parmesan. Pada korang yang tak pernah cuba, baik korang serbu KFC cepat sebab hidangan ni untuk waktu yang terhad je tau!
5. Telur asin dalam pencuci mulut
Akhir-akhir ni, telur asin atau salted egg semakin digemari rakyat Malaysia. Kalau dulu korang makan salted egg ni dengan nasi kerabu, tapi sekarang salted egg ni dah diinovasikan dalam macam-macam hidangan.
Antara hidangan yang mula popular ialah donut, puding dan ais krim yang dicampur dengan salted egg. Emm.. Sedapnya. Rupanya orang Malaysia ni kreatif sangat kalau bab makanan, patutlah diorang sanggup beratur panjang kalau ada makanan-makanan best ni.
Tapi satu makanan ni memang admin sendiri suggest kan kat korang.
Jom try KFC Parmesan Truffle Crunch, korang mesti suka punyalaaa!
Teringin nak makan hidangan esotik dengan citarasa tempatan? Haa.. Korang kena cuba hidangan terbaru daripada KFC ni, KFC Parmesan Truffle Crunch. Dengan aroma yang menyengat pasti memikat citarasa korang. Lebih-lebih lagi bila keju dan truffle digabungkan dan dihidangkan bersama ayam goreng crispy Hot and Spicy.
Bagi korang yang gemarkan hidangan yang berbeza, gabungan sos keju parmesan, truffel dan ayam rangup Hot & Spicy KFC memberikan rasa yang memang umphh weyh! Confirm jadi favourite korang, aromanya pula pasti membuatkan korang angau.
Haa.. Tak percaya? Apa kata korang serbu KFC berdekatan korang untuk rasa sendiri hidangan premium KFC Parmesan Truffle Crunch. Maklumat lanjut korang klik je kat sini.