berita

Trending Trailer ‘The Batman’, Peminat Tak Sabar Tonton Aksi Robert Pattinson

August 23rd, 2020 | by Amat
Video Popular

Siapa disini peminat filem adiwira yang diadaptasi dari DC Comics pasti tidak sabar menunggu tayangan filem terbaru iaitu The Batman. Umum sedia maklum, filem The Batman mempertaruhkan pelakon Robert Pattinson sebagai hero baru di dalam filem ini.

Malah, sebelum ini juga rata-rata peminat DC Comics mempersoalkan akan pemilihan Robert Pattinson sebagai teraju utama The Batman. Adakah dia mampu untuk membawa watak Batman seperti mana dibawa oleh Affleck?

Pertaruhkan Robert Pattinson

Matt Reeves merupakan pengarah baru yang mengambil alih dan menggantikan pengarah lama iaitu Affleck. Pada Januari 2017, Ben Affleck telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari pengarahan dan penulisan skrip The Batman. Maka, selepas itu digantikan dengan Matt Reeves.

Reeves kemudiannya meneruskan penulisan skrip tersebut tetapi memfokuskan kepada watak Batman yang ditampilkan lebih muda. Affleck yang juga merupakan hero dalam filem ini iaitu memegang watak Batman mengundurkan diri membintangi filem itu pada Januari 2019. Robert Pattinson diuji bakat pada bulan Mei 2019 untuk memegang watak Batman, mengantikan Ben Affleck.

Sebelum ini, Affleck telah memegang watak Batman menerusi tiga buah filem termasuk Batman v Superman: Dawn of Justice, Suicide Squad dan Justice League.

Pelakon versatil

Rata-rata pengguna alam maya tidak sabar untuk menyaksikan filem The Batman yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Mereka turut memuji kebolehan Robert Pattinson memegang watak Batman selain lakonan jayanya menerusi Twilight. Robert Pattinson disifatkan seorang pelakon yang mampu memegang pelbagai watak dalam menampilkan sisi kematangan lakonannya.

Trailer penuh The Batman

Trailer filem The Batman yang baru sahaja dilancarkan melalui akaun YouTube Movieclips Trailers ini mendapat perhatian ramai peminat DC Comics. Filem yang diarahkan Matt Reeves ini menampilkan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne/ Batman. Filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 1 Oktober 2021 secara rasminya.

Sumber: Movieclips Trailers

SKIP THIS AD ×