berita

Trimester Ketiga Sangat Mencabar, Ernie Zakri Akui Susah Untuk Tidur

February 16th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah memasuki trimester yang ketiga, penyanyi, Ernie Zakri memberitahu dia sukar untuk tidur sejak belakangan ini.

Sangat mencabar

Sedang menghitung hari untuk bersalin, Ernie Zakri memberitahu kepada umum bahawa trimester yang ketiga ini sangat mencabar buat dirinya. Ini kerana, dia susah untuk tidur. Berkongsi mengenai hal tersebut di Twitter, rata-rata netizen berdoa agar Ernie diberi kemudahan untuk mendapatkan tidur yang lena dan secukupnya. Bukan itu sahaja, netizen turut berkongsi beberapa tips agar Ernie dapat mengatasi masalah yang dihadapi olehnya itu.

Cuba dapatkan urutan pre-natal or minta tolong husband urut manja untuk bagi lena tidur. Tapi tapak kaki, belahan dalam peha dan betis tak boleh urut ya. Kalau boleh elakkan, urut manja boleh. Gosok-gosok untuk relaxing je. Kalau sakit sangat boleh tungku. Sebab tapak kaki (tumit), dan urat belah dalam kaki tu urat rahim. Tapi time pregnant and lepas bersalin bahagian tu yang sakit. Cari orang yang arif urut prenatal lagi baik.

Terima kasih

Membaca perkongsian netizen di Twitter, Ernie berterima kasih kepada semua yang mendoakannya. Pelantun suara ‘Gundah’ ini turut berharap urusan bersalinnya nanti dipermudahkan dan anak yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sihat walafiat. Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu. Mereka dijangka bakal menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat.

Sumber: Ernie Zakri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×