Demi memberikan ‘rasa’ buat penonton terhadap karakter yang dibawa, pelakon Trisha Ooi sanggup mengubah penampilan menerusi drama terbaharu lakonannya.
Artikel Berkaitan: Trisha Ooi Sanggup Warnakan Rambut Bagi Menjayakan Watak – ‘Bila Tengok Cermin, Saya Sedar Ini Bukan Saya’
Komited jayakan watak
Ketika ditemui OhBulan!, Trisha yang tampil menerusi drama ‘One Cent Thief’ musim kedua berkata, dia sanggup menyahut cabaran pihak produksi yang memintanya untuk menindik pada bahagian kening.
Bukan itu sahaja, Trisha atau nama lengkapnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi turut menjayakan babak memandu van dengan gear manual tanpa bantuan daripada ‘stunt double’.
Saya tindik pada bahagian kening kerana itu diminta oleh produksi.
Bukan itu sahaja, saya juga perlu memandu van dengan gear manual. Walapun saya tahu memandu kereta dengan gera manual, tetapi bukan senag nak pandu sebuah van yang agak uzur.
Saya memang mahukan karakter begini. Ini mencabar saya sebagai seorang pelakon dari segi babak aksi serta penampilan untuk watak.
Demi watak dan tuntutan kerja saya sanggup lakukan apa sahaja.
Trisha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana episod pertama drama tersebut yang diadakan di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tetap ada batas
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) ini berkata, meskipun dia sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan watak, dia tetap meletakkan limitasi supaya tidak keterlaluan.
Malah, Trisha juga terbuka menerima teguran daripada peminat untuk sentiasa memperbaiki kekurangannya sebagai seorang pelakon.
Sebagai manusia, kita pun ada batas sendiri. Begitu juga dalam kerjaya juga di mana saya meletakkan limitasi sebagai pelakon.
Sebagai contoh apa sahaja yang saya pakai adalah untuk karakter dan itu adalah pilihan sendiri.
Mungkin ada yang menegur saya terlalu seksi atau sebagainya. Namun saya yakin setiap teguran itu adalah tanda mereka sayangkan saya. Saya terima secara terbuka dengan sebarang teguran.
Selain Trisha drama tersebut turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Datin Sofea Jane, Fabian Loo dan Faizal Hussein.