
Segmen #TriviaXTRA kembali mendekati selebriti tempatan untuk membongkar sisi peribadi mereka yang mungkin jarang diketahui peminat.
Bukan sekadar berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, mereka turut mendedahkan tabiat unik, karakter sebenar serta perkara menarik tentang diri masing-masing.
Kali ini, pelakon Atiq Azman berkongsi tiga fakta menarik mengenai dirinya, termasuk bakat bermain alat muzik tradisional, makanan yang langsung tidak disentuh serta perubahan personalitinya selepas menceburi industri seni.
Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Kontroversi Dituduh Songsang Paling Pelik Pernah Dihadapi, Raja Atiq Akui Kesal
Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Baru Lima Bulan Sudah Mahu Berdiri, Raja Atiq Tak Kekok Urus Lampin Anak Sendiri
#TriviaXTRA: Jom semak tiga mengenai Atiq Azman
1. Berbakat main alat muzik tradisional
Menurut Atiq, mungkin ramai yang tidak mengetahui dia sebenarnya mempunyai kemahiran bermain kompang.
Saya boleh main kompang.
2. Tak suka makan ikan sardin
Selain berbakat dalam seni lakonan dan bermain kompang, Atiq turut mendedahkan dia sama sekali tidak menggemari sardin.
Malah, biarpun hidangan itu dimasak dengan pelbagai cara atau menggunakan resipi yang menyelerakan, pendiriannya tetap tidak berubah.
Saya tak makan sardin. Masaklah sedap macam mana sekali pun, saya tak suka makan sardin disebabkan rasanya dan saya takkan terima.
3. Siapa sangka Atiq seorang pendiam?
Dalam pada itu, Atiq mengakui personaliti sebenarnya jauh berbeza berbanding imej bertenaga yang sering dilihat ketika bekerja atau berada di hadapan kamera.
Menurutnya, dia merupakan seorang yang pendiam, namun penglibatan dalam industri hiburan membuatkan dirinya menjadi lebih terbuka dan aktif.
Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Tapi bila masuk dalam industri, saya jadi orang yang ‘hyper’.





![[VIDEO] Lelaki Penghidap Penyakit Iktiosis Kongsi Cabaran Hidup – ‘Orang Tak Boleh Tengok, Mereka Takut Berjangkit’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/iktiosis-man.jpg)


