berita

Tuduhan Liwat Adalah Qazaf Jika Tiada Saksi, Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

June 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, media sosial tempatan dikejutkan dengan viralnya video seks sejenis dua lelaki, salah seorang pelakunya mirip seorang menteri Malaysia. Penularan video tersebut menjadi lebih kontroversi apabila lelaki yang dipercayai individu dalam video tersebut, telah membuat pengakuan bahawa video tersebut merupakan dirinya bersama Menteri Hal Ehwal Malaysia, Azmin Ali.

Menerusi portal Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan isu qazaf terhadap tuduhan liwat.

Satu kesalahan jenayah syariah

Menurut Dr Zulkifli, qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi. Mengikut kaedah dalam Islam, bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa atau menuduh, manakala orang yang dituduh boleh bersumpah terhadap kebenaran tuduhan tersebut.

Dalam kes rakaman video hanya penolong kepada bukti iaitu bukti mestilah empat orang saksi yang melihat perbuatan tersebut yang mereka hendaklah seorang yang adil, tidak buta dan tidak fasik.

Mengulas mengenai video viral tersebut, empat orang saksi diperlukan sebagai bukti tuduhan tersebut adalah benar.

Azmin Ali menafikan tuduhan tersebut

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Malaysia, Azmin Ali tampil menafikan dirinya terlibat dalam video lucah itu. Malah, dia turut yakin ini merupakan sebuah fitnah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam. Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.

Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhamad Hilman Idham di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengfailkan aduan qazaf berhubung penyebaran video yang dikaitkan dengan Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×