Gambar sekadar hiasan
Seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang tukang rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas tuduhan merogol anak perempuan kepada rakannya.
Artikel Berkaitan: Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Bergilir-Gilir, Enam Beradik Ditahan Polis
Mengaku bersalah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, tertuduh yang bernama Muhammad Zarul Hashimme Md Nordan @ Nordin mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk tersebut ketika pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Berdasarkan laporan polis, tertuduh yang berusia 24 tahun itu didakwa merogol mangsa yang baru berusia 12 tahun di sebuah kediaman yang terletak di Yong Peng, Batu Pahat kira-kira jam 5 petang sekitar bulan ini.
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak diketahui ibu kepada mangsa sehinggalah satu sesi pemeriksaan yang dilakukan di sekolah.
Ketika sesi pemeriksaan tersebut, mangsa memaklumkan kepada guru bahawa dia pernah dipukul ibunya.
Namun, alangkah terkejutnya gurunya apabila mendapati mangsa telah dirogol sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian.
Susulan itu, tertuduh yang masih lagi bujang telah didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Mei ini untuk fakta kes serta hukuman.
Sumber: Berita Harian