berita

Tukar Blackberry Lama Anda Kepada BB10 Dengan Pakej Mudah

February 26th, 2013 | by Ai

Blackberry Z10

Dilancarkan pada 20 Februari yang lepas di Malaysia, produk terbaru Blackberry iaitu Blackberry Z10 adalah keluaran pertama Blackberry yang menggunakan sepenuhnya sistem Blackberry 10. Tak perlu diceritakan disini, anda boleh layari laman web rasmi Blackberry Malaysia dan dapatkan pelbagai info-info lengkap mengenai Blackberry Z10 disana.

Namun, sebenarnya apa yang kami mahu beritahu kepada pembaca-pembaca setia OHBULAN! ialah anda boleh dapatkan Blackberry Z10 anda sekarang dengan pakej tawaran yang diberikan oleh BrightPoint, Brightstar, dan juga Sunstrike.

Mudah saja, layari Facebook Blackberry Malaysia dan isikan maklumat diperlukan untuk mendapatkan baucer sebagai bukti anda layak untuk program tukar kepada Z10 ini. Dengan baucer ini, anda bolehlah hadiri mana-mana 21 jelajah oleh Blackberry di seluruh Malaysia.

Tukarkan telefon Blackberry lama anda kepada Z10 sekarang!

Rujuk jadual dibawah untuk info harga telefon Blackberry anda.

Smartphone

MYR

BlackBerry Curve 8520

     255.00

BlackBerry Curve 9300

     270.00

BlackBerry Bold 9000

     125.00

BlackBerry Bold 9700

     285.00

BlackBerry Bold 9780

     330.00

BlackBerry Bold 9900

     485.00

Maklumat lanjut? Layari https://www.facebook.com/BlackBerryMY

SKIP THIS AD ×