Tular sejak semalam, foto perkahwinan suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer yang didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.
Artikel Berkaitan: Redza Syah Azmeer Kongsi Gambar Kahwin Baru, Status Irma Hasmie Jadi Persoalan Netizen
Artikel Berkaitan: Saya Hanya Berkongsi & Jangan Menilai Apa-Apa’ – Irma Hasmie Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah
Doa Irma
Memetik laporan Berita Harian, Irma atau nama lengkapnya Irma Hasmie Ibrahim enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Bagaimanapun, Irma memberitahu bahawa dia kini dalam keadaan yang baik selain memohon doa untuk kesejahteraan dia dan anak-anak.
Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan rahmatNya.
Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak).
Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun tersebut juga mengambil langkah untuk mengunci mulut ketika disoal tentang status perkahwinannya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan itu didakwa goyah berikutan mereka jarang dilihat bersama di sosial media.
Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak.
Sumber: Berita Harian