Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita melakukan aksi tidak senonoh terhadap anak lelakinya yang masih kecil.
Viral video ibu cabul anak
Memetik laporan media Indonesia, wanita yang berusia 22 tahun tersebut dipercayai melakukan aksi jijik itu pada Julai tahun lalu di Tangerang, Indonesia. Suspek yang berada dalam keadaan berbogel dilihat membuka seluar anak lelakinya, 5, itu sebelum melakukan sesuatu kepada mangsa.
Lebih mengejutkan suspek dengan selambanya merakam aksi tersebut menggunakan telefon pintarnya. Namun siapa sangka, video tersebut telah tersebar di media sosial dan akhirnya membawa kepada penahanan suspek.
Susulan daripada penahanan itu, suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mentalnya namun sehingga kini, keputusan tersebut masih belum diperoleh.
Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.
Sumber: Megapolitan Kompas, Aceh Tribunnews