berita

Tun M Akhirnya Mengaku Bantu ‘Taikun’ Perniagaan Untuk Atasi Krisis Kewangan 1997-1998

October 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 hingga 1998 telah menyebabkan beberapa negara di Asia termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Thailand, Laos, Indonesia dan Malaysia mengalami kelumpuhan ekonomi. Krisis ekonomi ini memberi kesan kepada pembangunan dan aset negara pada tahun berkenaan sehinggakan Tun Dr Mahathir membantu mengatasi masalah ini.

Terbaru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman Facebook mengakui tindakan beliau menyelesaikan krisis berkenaan itu telah menguntungkan ‘taikun’.

Krisis kewangan

Perdana Menteri mengakui dirinya terlibat dengan pendekatan untuk mengatasi krisis kewangan pada tahun berkenaan. Bagaimanapun, Tun Mahathir turut mengemukakan beberapa faktor dirinya menolong ‘taikun’ yang berada di negara kita sekaligus meninggalkan kesan buat kerajaan.

Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997-1998. Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia. Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita. Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun.

Terpaksa kenakan cukai kepada bukan ditakrif taikun

Sebahagian besar dari dana Kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

Dalam keadaan kehilangan cukai keatas taikun kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin. Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara.

Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan.

Biar mereka bankrap

Perdana Menteri itu turut memohon maaf atas tindakannya yang telah mengatasi masalah kewangan di negara ini sehingga menyebabkan pihak ‘taikun’ mendapat keuntungan.

Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya? Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun.

Sumber: Dr Mahathir Mohamad

SKIP THIS AD ×