berita

Tun M Akhirnya Sudah Fed Up Dengan UMNO- 3 Sebab Kami Rasa Beliau Letak Jawatan

March 1st, 2016 | by Epul
Kini Trending

mahathir quit

Gempar apabila bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 membuat satu sidang media untuk mewar-warkan beliau menarik diri daripada UMNO sekali gus tak nak pegang mana-mana jawatan dalam parti. Tun M pun dah tak nak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Kami juga rasa benda yang korang rasa, kenapa Tun M tiba-tiba tarik diri? itu pun selepas Tan Sri Muhiyidin dikatakan digantung jawatannya dalam parti. Sebabnya…

Letih sangat dengan politik Malaysia

Screen Shot 2016-02-29 at 5.32.46 PM

Kalau korang nak tahu Dr Mahathir pernah dipecat daripada UMNO selepas 1969 dan hanya diterima masuk semula pada tahun 1972. Selang beberapa tahun lepas tu, pada tahun 2002 Tun M letak jawatan dan campur semalam dah dua kali beliau letak jawatan.

Kami rasa Tun M ni dah penat berusaha menaikkan semula hak-hak melayu bumiputera yang dilihat sudah agak kritikal semasa negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ye la dah berbuih mulut bagi nasihat tapi tak nak didengar.

Kalau macam tu baik ‘Saya’ letak jawatan

Screen Shot 2016-02-29 at 6.02.48 PM

Kalau korang perasan,Tun M ni lantang orangnya. Beliau dianggap selalu buat provokasi oleh sesetengah pihak yang katanya boleh mengundang kepada keruntuhan sesebuah negara. Tapi nak tak nak korang jangan dengar sebelah pihak je sebab nanti korang yang rasa rugi.

Melihat keadaan Malaysia yang sedang mengalami kejatuhan ekonomi, mungkin dengan letak jawatan dapat menaikkan ekonomi? siapa tau kan benda macam ni boleh terjadi. Tapi kalau tak berubah juga faham-fahamlah.

Mendapat sokongan kuat daripada isteri Tun Sri Hasmah, netizen juga sangat supportive. Ini antara komen yang positif yang korang muat naik, tapi kami dah tapis la sebab komen banyak yang emosi je.

Screen Shot 2016-02-29 at 6.14.29 PM

Screen Shot 2016-02-29 at 6.15.12 PM

Screen Shot 2016-02-29 at 6.16.55 PM

Enough is enough!

Screen Shot 2016-02-29 at 6.27.36 PM

Bila dah penat nak bercakap sampai fed up dibuatnya, maklum la kalau diam pun salah kalau bercakap pun salah. So korang fikir-fikirkanlah. Jangan dicucuk sarang lebah takut nanti kena sengat pulak.

Tun M seorang yang senior dalam organisasi tapi rasa-rasalah kan apa yang buat Tun sampai fed up? Kami rasa mungkin Majlis Tertinggi sudah rasa tidak releven dengan objektif parti.

Kalau ikutkan banyak juga perkara yang terjadi sepanjang Tun M memerintah negara cuma highlight dari media tak banyak waktu tu. So sekarang ni pun dah banyak medium untuk menyebarkan berita sampai susah nak percaya mana yang betul mana yang tak.

Korang baca la luahan Tun M sebelum letak jawatan ni

Screen Shot 2016-02-29 at 5.03.18 PM

Saya merasakan cukup malu dengan apa yang terjadi dengan UMNO

Sungguhpun orang kata saya tinggalkan kerana anak saya, tetapi itu bukanlah penyebabnya.

Saya merasa bangga akhirnya saya tinggalkan UMNO.

Hanya penyokong Najib sahaja yang berpeluang di dalam pasukannya.

Saya merasa putus asa dengan parti Najib dan apa yang berlaku di dalam UMNO sungguh memalukan.

Saya tidak akan tubuhkan parti baru

Saya akan memastikan Najib tidak akan menjadi PM kali ini

Saya tidak pasti ada ahli parlimen akan tidak bersetuju dgn Najib kerana mereka dalam ketakutan.

Berkenaan status penggantungan TSMY, ini adalah tindakan awal untuk membuang TSMY sebagai Timb Presiden

Keputusan meninggalkan UMNO turut disertai Tun Siti Hasmah.

Pertemuan Tun bersama wakil pembangkang hanya berfokuskan kepada isu menurunkan Najib sebagai PM. Tiada hal lain dibincangkan.

Keputusan untuk tinggalkan UMNO tidak dibincang dengan sesiapa.

Berkenaan rally March for Freedom, Tun akan sertai acara tersebut jika dijemput.

Tun berharap TSMY akan mengikut langkah beliau.

Ha itu luahan hati Tun M, bukan maksud untuk provoke tetapi mencari keadilan dalam berpasukan. Bukan niat untuk membuatkan korang bergaduh sesama sendiri sebaliknya dapat berkumpul dan berbincang mengenai kebajikan rakyat dan negara.

Buat Tun M semoga keputusan yang diambil ini dapat memberi sinar buat Malaysia. So apa pendapat korang? Siapa pula lepas ini? Siapa yang salah?

Sumber: Facebook Berita Harian, Saya Sayang Tun Mahathir Mohamed

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×