berita

Tun M ‘Simpan’ Waytha Moorthy Sebagai Menteri Dalam Kabinet

October 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Rata-rata rakyat Malaysia pastinya gembira dengan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat tindakan jenayah sekumpulan individu. Susulan itu, beberapa pihak ‘mengingatkan’ semula Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dikatakan bakal menilai semula kedudukan P. Waytha Moorthy dalam barisan kabinet akibat daripada kenyataan kontroversinya berhubung kejadian itu.

Terbaru menerusi Sinar Harian, Tun Mahathir dilaporkan berkata kedudukan Waytha sebagai Menteri Perpaduan akan dikekalkan dan disimpan.

Tiada keperluan

Menerusi laporan itu, Tun Mahathir hari ini berkata tiada keperluan untuk dirinya menilai semula kedudukan Waytha pada ketika ini.

Saya tak nampak ada masalah. Jadi untuk waktu ini, saya masih simpan dia sebagai menteri.

Sebelum ini pada 3 Januari lalu, Tun Mahathir dalam satu kenyataannya dilapor akan membuat keputusan tentang kedudukan Waytha sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues Muhammad Adib.

Ramai desak Waytha letak jawatan

Jika diingat semula, Waytha sebelum ini telah didesak ramai pihak agar melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila beliau mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menuntut supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November tahun lalu.

Datuk A Kadir Jasin sendiri bersetuju dengan sentimen bahawa Waytha hilang kelayakan sebagai Menteri Perpaduan apabila kenyataannya itu ‘berjaya’ memecahbelahkan masyarakat. Bahkan beliau juga turut menasihatkan menteri itu untuk meletak jawatan secara sukarela.

Malah terbaru, Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker juga berpandangan desakan peletakan jawatan Waytha adalah wajar selepas dilihat gagal memainkan peranan terutama dalam meredakan api perkauman selepas insiden itu.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×