berita

Tun M, Tan Sri Muhyiddin Yasin Antara Calon Layak Ganti Dr Maszlee – Pensyarah

January 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Dr Maszlee Malik mengumumkan bahawa beliau telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020. Surat perletakan jawatan tersebut turut diserahkan Dr Maszlee kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari semalam.

Meskipun berat untuk melakukan keputusan, beliau tetap redha dengan keputusan yang dilakukan. Menerusi laporan Harian Metro, dimaklumkan ada 4 orang calon yang sesuai dan bakal menggantikan Dr Maszlee iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, Dr Mahathir pernah menawarkan dirinya untuk mengambil alih portfolio pendidikan sebaik saja memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14. Namun, beliau menerima komen yang negatif kerana seorang perdana menteri tidak boleh memegang portfolio lain semasa berkhidmat.

Sebelum menjadi perdana menteri beliau juga pernah menjadi menteri pendidikan iaitu antara 1974 dan 1977. Saya beranggapan Dr Mahathir calon sesuai, tetapi perlu dilihat adakah mereka masih memegang prinsip PH yang perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain. Saya yakin Dr Mahathir akan meletakkan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain Dr Mahathir, tiga calon lain yang mungkin layak mengambil alih portfolio berkenaan ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Saifuddin Abdullah. Berdasarkan pemerintahan terdahulu, Tan Sri Muhyiddin pernah menjadi menteri pendidikan, begitu juga Datuk Mustapa Mohamed. Malah Datuk Saifuddin Abdullah juga pernah memegang portfolio jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Rombakan lebih besar

Di samping itu, Dr Sivamurugan berkata dia tidak pasti sama ada calon dalam kalangan Ahli Dewan Rayat bakal dilantik oleh Dr Mahathir nanti. Tambahnya, rombakan lebih besar mungkin akan berlaku sekiranya ramai anggota Kabinet melepaskan jawatan mereka.

Portfolio Menteri Pendidikan adalah cabang besar dalam kabinet sesebuah kerajaan dan struktur tabir urus negara. Agak sukar membuat ramalan yang tepat mengenai siapa calon baharu menteri pendidikan kerana ia membabitkan percaturan politik namun saya difahamkan satu rombakan Kabinet besar-besaran akan berlaku tidak lama lagi.

You should resign too

Dalam pada itu, netizen turut menggesa Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Teo Nie Ching, untuk melepaskan jawatannya juga.

Sumber: Harian Metro & Teo Nie Ching

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×