Berkat sabar dua tahun, kemenangan berpihak pada isteri Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali selepas mahkamah memutuskan bekas adik iparnya, pelawak Ali Puteh dikehendaki membayar RM60,000 kerana mengeluarkan kata-kata aib di Instagram pada dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Bergenang Mata, Lega Menang Saman Fitnah Ali Puteh
Artikel Berkaitan: Hormat Keputusan Mahkamah, Ali Puteh Bakal Buat Rayuan – ‘Kalau Arwah Mak & Abam Ada Lagi Tak Akan Jadi Seperti Ini’
Sedekah buah-buahan
Bersyukur dengan keputusan tersebut, Hidayah menunaikan hajatnya dengan bersedekah buah tempatan di sebuah surau.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Hidayah berkongsi rakaman video membeli pelbagai jenis buah untuk disedekahkan di Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara, Selangor.
Terima kasih yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini kita di kedai buah. Nak beli buah dan kita nak bersedekah.
Kita bersedekah di surau..kita hantar. Alhamdulillah, lepas hajat.
Hargai doa dari semua pihak
Dalam pada itu, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan orang ramai selama pertelingkahan berlaku.
Terima kasih yang mendoakan Dayah (nama panggilan) dari A to Z.
Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Sumber: Instagram @hidayah_hamzahh