Umum sedia maklum pelakon Zarina Zainuddin sedang melakukan ibadah umrah. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk mengerjakan umrah bersama anak dan ibunya. Apa yang mengejutkan lagi apabila dia turut bersyukur kerana madunya menjadi pembimbing dirinya sepanjang berada di Makkah. Dia turut berkongsi foto dan kapsyen menarik sepanjang berada di tanah suci melalui Instagram miliknya.
Terima kasih madu
Ya Allah saya bersyukur dijemput ke rumahmu.
Terima kasih madu saya ajak saya pergi bimbing saya fardu dan rukun umrah juga solat solat sunat sepanjang disini. Bahagianya saya rasa kerana saya ditemukan Allah dengan insan yang baik hati yang membimbing kami sekeluarga ke arah kebaikkan. Sesungguhnya dunia sementara ini begitu banyak ujian Allah tempuhilah dengan tabah redho lah apa yang berlaku walaupun berat bila dilepaskan perlahan lahan akan lega kerana kita yakin kuasa Allah melebihi segalanya. Allahuakhbar.
Saya akan sampaikan salam anda semua kepada baginda Rasulullah salam sayang salam rindu. Semalam dapat solat di rawdah walaupun terlalu ramai tolak menolak kerana semuanya ingin solat di bahagian depan rawdah rebut peluang sementara masih ada disini. Saya berdoa semuga anda dan keluarga anda diberikan kesihatan yang baik dipermudahkan segalanya dalam menempuh ujian Allah diberikan rezeki yang halal dan mendapat berkat dalam hidup dengan tenang dan berbahagia dunia akhirat, amin.
Doakan perjalanan kami selamat
https://www.instagram.com/p/B3yUd6aAIn6/
Alhamdulillah
https://www.instagram.com/p/B33l0ghA_vi/
Semoga anda semua dapat ke sini
https://www.instagram.com/p/B33nq5RgDSz/
Sumber: Zarina Zainuddin