berita

48 Tahun Tunggu Kepulangan Kekasih, Penantian Warga Emas Ini Berakhir Selepas Ditemui ‘Terbaring’ Di Tepi Jalan

February 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata cinta tidak semestinya memiliki. Meskipun sudah menyulam cinta bertahun-tahun lamanya dan pelbagai pengorbanan yang dilakukan, jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita, maka kita perlu terima.

Begitu lah kisah yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila sanggup menunggu kepulangan sang kekasih hingga ke hujung hayatnya.

Ketelusan cinta seorang lelaki

Berdasarkan perkongsian Adiphpin di Twitter, dia menceritakan tentang ketelusan cinta seorang lelaki yang dikenali dengan nama Pak Cik Arifin atau Mr Gombloh. Difahamkan warga emas ini dipercayai telah menunggu kepulangan kekasih lamanya selama 48 tahun.

Setia menunggu setiap hari

 

Menurut sumber, Pak Cik Arifin telah terpisah dengan kekasihnya pada suatu ketika dahulu disebabkan peristiwa politik yang berlaku di Kota Malang, Indonesia. Sebelum berpisah, pasangan ini dikatakan sudah berjanji ingin bertemu semula.

Tetapi siapa sangka, sehingga tahun 2017, kekasih Pak Cik Arifin tidak kunjung tiba. Menurut sumber, lelaki ini dipercayai setia menunggu kepulangan kekasihnya setiap hari sejak tahun 1970-an lagi.

Setia menanti kekasih

Difahamkan, lelaki ini telah menunggu kekasihnya itu satu kawasan di Kayutangan iaitu tempat yang pernah dijanjikan mereka untuk bertemu. Meskipun begitu, lelaki ini dikatakan langsung tidak tahu keberadaan dan kehidupan yang dilalui oleh kekasihnya sepanjang tempoh mereka berpisah.

Pengakhiran penantian

Dia percaya bahawa kekasihnya itu akan tiba tetapi sayangnya hasrat untuk berjumpa tidak kesampaian. Penantian tersebut berakhir pada tahun 2018 selepas Pak Cik Arifin disahkan meninggal dunia dipercayai kerana kes langgar lari. Menurut sumber, orang ramai menemui lelaki ini sudah terbaring di laluan pejalan kaki dengan keadaan yang lemah. Mereka segera membawa lelaki ini ke pusat kesihatan sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Kisah percintaan dan kesetiaan lelaki ini sudah semestinya akan menjadi satu ingatan dalam kalangan penduduk di Indonesia. Malah, lelaki ini juga dikatakan memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa cinta sejati itu wujud.

Sumber: Adiphpin

SKIP THIS AD ×