berita

‘Tunggu Saman Saya’ – Kutuk Wajah Anak, Jasmin Hamid Buat Laporan Polis

March 16th, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

jasmin hamid

Jika sebelum ini, pelakon Jasmin Hamid ada meluahkan rasa kesal apabila foto yang dimuat naik bersama anak angkatnya di Instagram menjadi bahan kutukan dan kejian daripada netizen.

Ekoran daripada itu, Jasmin telah membuat satu laporan polis dan ingin mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mengeji wajah anak perempuannya itu.

Mohon jaga lisan atau anda disaman

Jasmin yang memuat naik satu gambar di Instagramnya bersama bukti laporan polis telah memberi amaran kepada para netizen supaya menjaga lisan jika tidak mahu disaman. Menurutnya, terdapat lebih 15 nama individu yang akan disaman kerana mengeluarkan kata-kata kejian terhadap anak angkatnya itu.

Baginya, kata kejian yang terlalu melampau itu adalah perbuatan cyber bully yang perlu diambil tindakan supaya memberi pengajaran kepada semua pihak. Dia juga turut kesal dengan netizen yang sanggup mengeji anak angkatnya yang merupakan seorang anak yatim.

Jasmin juga menasihati kepada semua netizen supaya sentiasa menjaga lisan dan ucapan supaya tidak mengeluarkan komen-komen negatif yang boleh memakan diri mereka sendiri. Dia juga berharap tiada lagi nama-nama individu yang akan ditambah dalam senarai samannya itu.

#stopcyberbullying

jasmin hamid

jasmin hamid

jasmin hamid

Sumber: Jasmin Hamid

SKIP THIS AD ×