Pelakon Raja Ilya mengumumkan dirinya sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua.
Artikel berkaitan: Pernah Fikir Ada Anak Menyusahkan Hidup, Raja Ilya Kini Gembira Bergelar Ibu
Artikel berkaitan: ‘Bangun Tidur Terus Cari Daddy, Jaga Siang Malam Tu Kita’ – Raja Ilya
‘Pusingan kedua’
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi bayi keduanya.
Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah!
Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis antaranya Catriona Ross, Anzalna Nasir, Jasmin Hamid dan warganet turut mengucapkan tahniah di atas kehamilan keduanya.
Alhamdulillah, congrats beautiful.
Congratulations my dear. About time too a companion for Talita.
Congrats, sihat sentiasa.
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 3 tahun.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram