Pendakwah bebas, Hassan Adli menjelaskan tentang kewajipan menutup aurat bagi setiap wanita yang beragama Islam.
Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Kecewa Ramai Selebriti Buka Tudung – ‘Semoga Dibuka Kembali Pintu Hidayah Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dah Lupa ‘Tudung Terbang’, Mula Puji Alya Iman Makin Cantik
Tutup aurat perkara wajib
Memetik laporan Harian Metro, Hassan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan berkata walau apa juga alasan yang diberikan oleh segelintir kaum wanita, namun ia tetap tidak akan mengubah hukum wajib tersebut.
Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram.
Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat.
Dalam pada itu, Hasaan turut menegaskan bahawa penghijrahan dalam menutup aurat perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana risau akan mempermainkan agama jika hanya dilakukan sekerat jalan.
Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib.
Bagaimanapun, menurut pendakwah berusia 38 tahun ini, Islam tidak melarang untuk berfesyen namun perlu bersederhana.
Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.
Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah.
Sumber: Harian Metro