berita

‘Tutuplah Auratmu Dengan Baik Wahai Saudara Seislamku’ – Netizen Tegur Eyra Farhana

March 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah dikecam kerana berpakaian ‘seksi’ sebelum ini, pelakon, Eyka Farhana sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia memuat naik sekeping foto di Instagram. Menurut dakwaan netizen, pakaian yang dipakai oleh Eyka sangat ‘mencolok mata’.

Artikel berkaitan:Kongsi Foto Romantis, Video ‘Laga Pipi’, Akhyar Rashid & Eyka Farhana Bagi ‘Hint’ Dilamun Cinta?

Nampak aset?

Menerusi foto yang dimuat naik Eyka Farhana, dia kelihatan memakai ‘dress’ bewarna emerald green bagi tujuan mempromosikan baju tersebut. Meskipun rata-rata rakan artis memberi pujian mengenai penampilannya, ada juga sebahagian besar daripada netizen yang mendakwa pakaian Eyka terlalu ‘mencolok mata’.

Wahai wanita, jika ada lelaki menegur cara pemakaianmu, jangan hina dia dan jangan marah dia sebab apa? dia cuma nak bagitahu awak macam mana pandangan seorang lelaki kepada seorang wanita.

Kak jangan la macam tu, kita orang insan yang lemah.

Menurut netizen, sebagai seorang yang beragama Islam, Eyka sepatutnya peka terhadap pakaian yang dipakai. Tambah netizen, Eyka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada netizen kerana dia seorang yang dikenali.

Hari demi hari aurat dah macam tak ada apa.

Tutuplah auratmy dengan baik wahai saudara seislamku.

Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan supaya Eyka dapat berubah dan menjaga auratnya selepas ini.

Sumber: Eyka Farhana

 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×