berita

Twin Towers @Live 2014: Penganjur Sahkan Christina Tetap Turun Malaysia Walaupun Hamil

March 5th, 2014 | by Ai
Hollywood

Christina-Aguilera-12650-900x1600

Seiring dengan berita kehamilan Christina Aguilera yang heboh dikatakan di internet sekitar dua minggu lepas, ada yang meluahkan rasa risau kalau-kalau penyanyi terkenal itu membatalkan kehadirannya ke Malaysia pada bulan ini.

Namun, nampaknya peminat kini boleh menarik nafas lega apabila pihak penganjur konsert Twin Towers @Live 2014, Live At Work, telahpun menghubungi OHBULAN! semalam dan mengesahkan Christina akan tetap hadir menghiburkan peminat tempatan seperti yang dijanjikan pada hari pertama konsert itu diadakan.

Artikel berkaitan:

Pengesahan itu sekaligus menjawab segala spekulasi dan ini bermakna penyanyi yang terkenal dengan lagu Genie In A Bottle itu dijangka mampu memberikan persembahan terbaik selama 75 minit demi menjadikan kemunculan pertamanya di Malaysia sebagai realiti biarpun sedang berbadan dua.

838d-630x472

Menurut wakil penganjur, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kehadiran Christina pastinya membuatkan ribuan pengunjung tidak akan melupakan konsert pada tahun ini dengan kemantapan vokalnya yang sudah diketahui cukup memukau.

Selain daripada Christina, Twin Towers @Live yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Mac 2014 turut diserikan dengan persembahan daripada Craig David, Rain dan beberapa lagi penghibur terkenal dari dalam dan luar negara.

Buat semua pembaca OHBULAN! jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan artis-artis di atas secara langsung di Plaza Petronas, KLCC kerana konsert ini diadakan secara percuma dan semua orang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.

Biarpun sudah beberapa kali kami hidangkan anda dengan muzik video terbaru Christina, tapi kami tetap juga ingin anda dengar dan hayati lagu berjudul Say Something di bawah ini. Bayangkan Christina menyanyi lagu ini secara live, mesti meremang bulu roma, kan?

SKIP THIS AD ×