Pelakon dan usahawan, Tya Arifin ingin menyusukan anak bongsunya, Aghia Amira Jiwa buat jangka masa yang lama.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Selalu Abai Diri Selepas Kahwin, Potret Kuat Walau Hati Menangis – ‘Bebanan Fikiran Tapi Tetap Bertahan’
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Beri Nama Aghnia Amira Jiwa
Sanggup bersusah payah
Ketika ditemui OhBulan!, menantu biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berharap dia diberikan kesempatan untuk melakukan perkara yang sama seperti anak-anaknya yang lain.
Insya-Allah, doakan. Sama macam Arif dan Azzahra, alhamdulillah diberi kesempatan.
Mungkin kalau ada rezeki kita nak sama (kadar menyusu badan berpanjangan).
Ketika ditanya mengapa sanggup bersusah payah untuk memberi susu badan buat kadar yang panjang, Tya berkata dia mahu menggunakan ilmu yang dipelajarinya sebelum ini.
Katanya, sekiranya ada kemahuan pasti boleh lakukan.
Breastfeeding journey memang tak mudah, tapi kalau tahu cara ia akan menjadi senang.
Dengan anak-anak sebelum ini, saya ada belajar dari pakar penyusuan jadi sedikit sebanyak saya ada ilmu itu.
Saya faham, saya pun pernah berada di posisi kurang mengetahui tentang perkara itu, tapi kalau ada ilmu insya-Allah.
Bila ada ilmu, memang boleh buat. Sudah tentu kena ada displin tetapi sokongan sekeliling juga penting.
Bayi jaga sendiri
Bercerita lanjut, Tya berkata dia menjaga bayinya sepenuh masa tetapi mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anaknya yang lain.
Kalau bayi, saya yang lebih menjaga kecuali kalau ada event saya akan tinggal sekejap.
Susu dan semua keperluan saya dah sediakan siap-siap.
Sementara itu, Tya turut berkata dia memantau anak-anaknya bagi mengelakkan menjadi mangsa penderaan.
Di kesempatan itu juga, Tya menyatakan rasa dukacita terhadap perkara yang menimpa keluarga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah.