berita

‘U Bagi Kek, I Tolong Promote Bisnes’ – Artis Hero Remaja Dikecam Minta Sponsor Kek Harijadi

July 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bakat-bakat muda yang semakin meningkat naik menerusi beberapa program realiti dilihat meraih populariti dalam kalangan peminat. Mereka mempunyai pengikut dan peminat yang ramai di media sosial sehingga bergelar ‘influencer’.

Namun, hakikatnya segelintir di antara mereka dikatakan menggunakan populariti sebagai tiket untuk mendapatkan barangan yang ingin digunakan secara peribadi dengan percuma. Menerusi Twitter Nura, menceritakan pengalamannya berurusan dengan seorang artis ‘baru nak up’ yang didakwa meminatnya untuk menghasilkan sebuah kek untuk sambutan hari lahir artis tersebut.

Suka-suka minta barang free

Menurutnya, artis berkenaan dikatakan meminta untuk menghasilkan kek sempena majlis ulang tahun kelahirannya. Lebih memeranjatkan, artis berkenaan didakwa tidak mahu membayar harga untuk kek tersebut tetapi inginkannya secara percuma. Sebagai tanda balas, artis berkenaan akan tolong mempromosikan bisnes keknya di media sosial.

Nak kek 2 tingkat pula tu

Bukan itu sahaja, artis berkenaan dikatakan turut membuat permintaan agar kek tersebut dihasilkan dengan bentuk 2 tingkat dan bukan seperti kek biasa. Dia tidak mahu menyebut nama artis berkenaan. Tambahnya lagi, ulang tahun artis berkenaan bukan pada masa yang terdekat.

Pergi kelab habis ribu ringgit boleh

Pada masa yang sama, dia turut menegaskan bahawa peniaga-peniaga telah berusaha keras bagi mendapat rezeki yang halal dan terus berjaya. Sewajarnya, artis mahupun selebriti media sosial tidak patut untuk mengambil kesempatan kepada peniaga kecil yang baru sahaja memulakan perniagaan.

Menurutnya, artis sepatutnya membantu peniaga kecil ini mempromosikan tanpa meminta balasan. Tidak wajar jika seseorang artis itu mampu menganjurkan parti serta pergi ke kelab malam dan berhabis ribuan ringgit namun tidak mampu untuk membeli sebiji kek.

Sumber: Nura

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!