berita

U-Kiss Kembali Dengan MV Terbaru, She’s Mine

October 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Kumpulan U-Kiss

Semalam, kumpulan K-pop terkenal, U-Kiss baru sahaja melancarkan video klip terbaru mereka berjudul, She’s Mine.

Menerusi paparan klip video tersebut, kumpulan anak muda ini dilihat telah memilih konsep hitam putih sebagai warna asas MV terbaru mereka dan lebih menarik lagi apabila diawal minit pertama, U-Kiss telah menonjolkan elemen kereta mewah sebagai pengenalan diri mereka.

U-Kiss

Kereta mewah sebagai pengenalan diri kumpulan U-Kiss

Bukan sahaja itu, mereka turut dilihat menampilkan beberapa elemen seksi sebagai tarikan utama video She’e Mine, seperti kemunculan wanita menari dan posing dengan aksi yang menggoda.

U-Kiss

Eleman seksi sebagai daya tarikan penonton untuk MV She’s Mine

Meskipun video klip ini kelihatan sedikit ringkas dengan hanya menjalani penggambaran di dalam studio, akan tetapi dengan adanya selitan props yang menarik seperti, kereta mewah, motor serta perhiasan berwarna emas, ia dilihat sebagai sebuah video klip unik dan lain daripada yang lain.

Untuk makluman, lagu terbaru U-Kiss pada kali ini merupakan kerjasama antara pihak kumpulan tersebut dengan komposer Korea terkenal, Brave Brothers dan Miss Lee. Manakala liriknya pula ditulis oleh ElectroBoyz’ Maboos serta Chakun.

Apa pun, bagi peminat K-pop yang masih belum menyaksikan MV terbaru U-Kiss, She’ Mine, jom layan video klip tersebut selepas ini :

SKIP THIS AD ×