berita

Ubat Batuk Satukan Cinta Fouziah Gous & Zhafran

September 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Majlis Nikah Fouziah Ghous-58

Umum tahu Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis pernikahan yang cukup meriah buat pasangan romantis Fouziah Gous dan jejaka pilihannya, Zhafran bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Majlis yang dihadiri hampir 200 tetamu itu turut menyingkap detik-detik perkenalan kedua pasangan mempelai tersebut, di mana menurut Fouziah, dia mula mengenali suami tercinta sejak awal tahun lalu atas urusan perniagaan.

Namun begitu tanpa disedari perasaan sayang itu mula timbul apabila aktres tersebut tersentuh melihat ketulusan serta kegigihan Zahfran untuk menyunting dirinya sebagai teman hidup.

Pada mulanya, saya kenal dia sebagai Zhafran yang saya tak kenal dan tak suka. Pada masa itu kami cuma bertukar-tukar BlackBerry pin (BB pin) sahaja. Tapi mungkin dengan kuasa Allah, kami berhubung semula awal tahun ini dengan tujuan nak bincang soal perniagaan dan itu sahaja niat asal saya.

Tak tahu kenapa waktu itu secara tidak langsung Zhafran banyak berkomunikasi dengan saya dan dia banyak menunjukkan usaha tanpa jemu dia. Sebagai contoh, pada waktu itu saya batuk berbulan-bulan tapi dia sanggup datang ke pusat membeli belah The Curve untuk mencari saya di kawasan tempat letak kereta semata-mata nak berikan ubat batuk.

Dalam masa yang sama, dia juga selalu berada di samping saya sewaktu saya perlukan bantuan. Mungkin itulah petunjuk jodoh daripada Allah untuk saya.

Majlis Nikah Fouziah Ghous-32

Berkongsi lebih lanjut mengenai detik indah perkenalan mereka, Fouziah turut melahirkan rasa terkejut apabila Zhafran mula melamarnya dalam waktu yang singkat dan akui pada awalnya dia langsung tidak mengenali siapakah jejaka tersebut.

Bila dah mula rapat dengan dia, tiba-tiba hari keempat kami keluar bersama dia dah ajak saya kahwin. Masa itu memang saya tak kenal siapa dan apa latar belakang dia.

Sebenarnya saya nak cari lelaki yang berada dengan saya bukan untuk membuang masa, tetapi saya nak lelaki yang kenal saya memang dengan niat untuk jadikan saya isteri dan dengan hati yang ikhlas. Semua ciri-ciri itu saya dapat daripada Zhafran.

Majlis Nikah Fouziah Ghous-12

Sewaktu diajukan soalan mengapakah Zhafran mengambil keputusan terlalu singkat untuk menyunting Fouziah sebagai isterinya dan apakah keistimewaan yang terdapat pada pelakon wanita tersebut. Sambil tersenyum, Zhafran menyatakan bahawa aktres tersebut merupakan seorang yang kelakar dan semuanya berlaku atas petunjuk daripada Allah S.W.T.

Saya ada buat Istikharah dan dapat mimpi. Dalam mimpi itu saya ada sampaikan hasrat saya pada dia. Tapi saya tak dapat nafikan Fouziah adalah perempuan yang sangat cantik pada pandangan mata saya.

Selain itu, apa yang menarik sangat pada Fouziah ini kerana perwatakannya. Pada waktu malam bila saya menghubungi Fouziah, dia akan selalu buat saya gelak. Kadang-kadang tak tahu apa yang dia merepek tetapi saya tetap rasa gembira.

Dalam majlis yang cukup meriah itu, Zhafran turut memberi kejutan buat Fouziah, di mana dia telah memberikan set lengkap barangan kemas dan menjelaskan bahawa nilai mas kahwin berjumlah RM1,112 itu merupakan simbolik tanda lahir pelakon wanita tersebut yang jatuh pada tanggal 11 Disember.

SKIP THIS AD ×