Umum mengetahui bahawa kakak ipar kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan iaitu Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab pada 20 Januari 2020 yang lalu.
Terbaru menerusi Instagram Linda Rafar, dia mengucapkan selamat tinggal buat sahabatnya baiknya itu. Menurut Linda, selepas mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Sasha akan berpindah dan menetap di Dubai bersama suaminya.
Kenang sangat jasa baik you
https://www.instagram.com/p/B7qrA0zHnLI/
Linda memuat naik satu posting video yang menunjukkan gambar kenangan di antara dirinya dan Sasha. Pada masa yang sama, dia memberikan ucapan khas buat sahabat baiknya itu. Antara luahan yang diluahkan olehnya ialah, rasa sedih apabila mengetahui sahabatnya itu benar-benar akan meninggalkan dirinya selepas ini. Menurut Linda, Sasha seperti seorang kakak dan selalu ada bersamanya tatkala susah mahupun senang.
Sewaktu Linda kehilangan insan tersayang iaitu anak dan ibunya, Sasha merupakan individu yang selalu datang melawat dirinya bahkan memberi semangat untuk terus kuat. Namun, selepas ini sahabat baiknya itu terpaksa menetap jauh di Dubai bersama suami tercinta. Linda turut mendoakan mereka sentiasa bahagia dan Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik sahabatnya selama ini.
Jauhnya Dubai
Sumber: Linda Rafar