Baru-baru ini, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mengakui dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada November tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Akui Sudah Bernikah Empat Bulan, Ada Sebab Rahsiakan Perkahwinan – ‘Aku Dah Tak Nak Kongsi Kisah Peribadi’
Akan beri lebih banyak masalah
Terbaru, buat pertama kali isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi gambar pelawak itu di media sosial miliknya. Perkongsian tersebut dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Shuk yang ke-38 pada 20 Mac yang lalu.
Menerusi posting tersebut juga, Fara dilihat sempat berseloroh dan mengatakan bahawa dia akan memberi lebih banyak masalah kepada Shuk.
Selamat ulang tahun suamiku. Saya berjanji akan beri lebih banyak masalah.
Terdahulu, Shuk dalam satu temu bual podcast memberitahu dia bukan cuba menyorok perkahwinannya dengan Fara tetapi sedang menunggu masa yang sesuai untuk menghebahkannya.
Kata Shuk, dia serik berkongsi tentang kisah peribadi di media sosial kerana bimbang kenyataan dikeluarkan akan disalah tafsir.
Sumber: Fara Salleh