berita

Udara Di Rumah Lebih Bersih & Nyaman Dengan Kipas Siling & Pembersih Udara Nanoe X Panasonic!

October 19th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Menghirup udara yang bersih dan nyaman sepanjang masa merupakan impian setiap insan. Namun, habuk halus dan bendasing yang terdapat pada udara membuatkan perkara ini seakan-akan mustahil untuk dirasai sebelum ini.

Kini, dengan adanya kipas siling dan pembersih udara nanoe X Panasonic udara segar boleh dihirup di setiap ruang kediaman korang dengan bebas.

Udara Lebih bersih dengan adanya pembersih udara nanoe X Panasonic!

Korang tahu tak kualiti udara yang baik sangat penting dan semuanya bermula daripada rumah. Ye la, kebanyakan daripada kita menghabiskan masa bersama keluarga dirumah selepas seharian bekerja.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuke Nishida,“Ramai orang mengambil ringan udara yang dihirup, di ruangan tertutup, kerana beranggapan secara automatik kita terpelihara dan terlindung daripada pencemaran udara di luar. Sedar atau tidak, sebenarnya habuk halus, bulu dan udara berkulat sebenarnya merendahkan kualiti udara di dalam rumah sehingga boleh memudaratkan kesihatan”.

Oleh sebab itulah, Panasonic telah melakukan research and development (RnD) bagi memastikan pengguna dapat menikmati kualiti udara yang baik walaupun berada diruangan tertutup dengan memperkenalkan pembersih udara dan kipas siling terbaharu nanoe X, sistem pengudaraan canggih masa kini.

Pembersih udara nanoe X Panasonic kitar udara 360°

Menariknya pembersih udara nanoe X Panasonic, mampu menyedut udara  dikawasan sekeliling dan membersihkannya dengan kitaran udara 3D dinamik. Dilengkapi dua fungsi, kitaran udara sisi dan kitaran udara depan, aliran udara 360° ini menyingkirkan pencemar dengan lebih berkesan.

Terdapat dua model pembersih udara nanoe X Panasonic yang korang boleh beli iaitu model F-VXK70AWM dan mode F-PXV50AKM.

Model pembersih udara F-VXK70AWM ada Mega Catcher

Model pembersih udara F-VXK70AWM sangat unik kerana ianya memiliki penyedut muka depan berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Mega Catcher.

Selain itu, sistem sedutan Mega Catcher yang terdapat pada pembersih udara juga sangat kuat sehingga mampu menyedut partikel halus, habuk dan bulu haiwan peliharaan yang terdapat pada ruang udara dan sekitar 0-30 cm daripada kawasan lantai bagi mengelakkan habuk terkumpul dan menebal.

Turut dilengkapi dengan ciri-ciri eksklusif iaitu human motion sensor & humidity sensor, penulen udara ini memastikan udara bersih dilepaskan ketika korang dirumah selain mengawal kelembapan udara bilik agar berada pada tahap optimum dan memberikan keselesaan buat korang sekeluarga.

Model pembersih udara premium ini turut mempunyai fungsi Econavi khas Panasonic. Ianya teknologi pintar yang berupaya mengawasi aktiviti harian menggunakan pengesan bau dan habuk rumah. Memandangkan tahap pencemaran berubah-ubah mengikut aktiviti harian, teknologi Econavi menyesuaikan mod operasi berdasarkan gaya hidup korang.

Pembersih udara F-PXV50AKM dilengkapi House Dust Catcher & fungsi Econavi

Sedikit berbeza dengan model pembersih udara F-VXV70AWM, model pembersih udara F-PXV50AKM, pula dilengkapi dengan penyedut depan yang dikenali sebagai House Dust Catcher yang mampu menyedut partikel bersaiz melebihi 2µm dan partikel yang terapung pada jarak 30 cm dari lantai. Ini menghindari anak-anak kecil daripada risiko kesihatan yang dibawa oleh allergen, hama dan habuk halus.

Justeru itu, ibu bapa boleh menarik nafas lega membiarkan si manja merangkak dan bermain dengan bebas tanpa rasa bimbang.

Kipas siling nanoe X Panasonic tingkatkan kualiti aliran udara sekeliling!

Mahukan ekosistem udara dalaman yang lebih baik? Jom pasang kipas siling nanoe X Panasonic untuk tingkatkan kualiti aliran udara dalam rumah.

Bukan apa, kipas siling nanoe X Panasonic menghalang pergerakan habuk, partikel halus dan udara berkulat dikawasan bertutup.

Dilengkapi teknologi Econavi yang dapat mengesan suhu persekitaran setiap 3 minit dan menyesuaikan kelajuan bagi menghasilkan tiupan angin yang paling selesa di samping mengoptimumkan aliran udara.

Kipas siling nanoe X Panasonic turut memiliki mod operasi berdasarkan gaya hidup penguna bagi memaksimakan aliran udara jika perlu untuk menghalang udara kotor tersebar. Ditambah pula dengan sensor eko pintar, Econavi dapat mengesan dan mengurangkan pembaziran tenaga, serta menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 64%.

Lebih dahsyat lagi, kipas siling nanoe X Panasonic memiliki fungsi tiupan angin semulajadi (natural breeze function) yang lebih dikenali sebagai 1/f Yuragi. Fungsi ini, menghasilkan tiupan lembut dengan mengubah kelajuan serta mengawal daya angin bagi memastikan keselesaan pada waktu siang dan malam persis di pantai

Terdapat dalam dua versi (paip panjang F-M15MEVBKRH dan paip pendek F-M15MEVBKQH

Berminat nak dapatkan produk terbaharu nanoe X Panasonic? Layari https://www.panasonic.com/my/untuk lebih banyak info atau dapatkan produk di semua pengedar Panasonic yang sah serta platform pembelian dalam talian.

Berikut ialah senarai harga produk terbaharu nanoe X Panasonic:

Penulen Udara Panasonic nanoe X

  • F-VXK70AWM (RM2,599)
  • F-PXV50AKM (RM1,699)

Kipas siling Panasonic nanoe X

  • F-M15MEVBKRH (Long pipe, RM1,129)
  • F-M15MEVBKQH (Short pipe, RM1,129)

SKIP THIS AD ×