Pelakon drama popular Izreen Azminda menerusi akaun Instagram berkongsi berita gembira atas kelahiran anak pertama daripada perkahwinan keduanya bersama Ude Wahid. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Pelakon wanita ini turut berkongsi wajah baby boy di laman sosial untuk tatapan pengikut. Bayi itu selamat dilahirkan pada 29 Jun 2019 sekitar jam 1.46 petang dengan berat 2.85 kg.
Semuanya berjalan lancar
Menerusi laporan Metro ketika menghubungi pelakon ini, dia turut berkongsi momen ketika melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Bin Muhammad Radzi. Izreen telah mengalami kontraksi pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit pendarahan.
Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama. Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg.
Suami ada menemani
Izreen Azminda berkongsi pengalaman ketika di labour room dan bersyukur kerana suami, Ude Wahid ada bersamanya untuk menemani ketika bersalin.
Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan terpaksa dijalankan akibat situasi cemas. Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak.
Sumber: Metro