Gambar sekadar hiasan
Pihak polis bertindak melepaskan tembakan terhadap seorang penagih dadah selepas suspek mengugut dan jadikan ibu kandung sebagai tebusan.
Artikel Berkaitan: Lelaki Tempatan Ditemui Maut Dengan Empat Kesan Tembakan Di Kepala
Artikel Berkaitan: Dituduh Sebagai Penyebar Covid-19, ‘Mat Pet’ Bunuh Kakak Ipar Sendiri
Demi keselamatan
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pada jam 10 pagi, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak menerima laporan berkenaan tindakan suspek yang agresif itu.
Pasukan polis telah ke lokasi kejadian sekitar 11.30 malam bagi memberi bantuan. Setibanya di lokasi, pihak polis telah memujuk suspek untuk memberikan kerjasama, namun lelaki itu enggan dan bertindak agresif.
Suspek kemudiannya dan mengugut untuk menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun. Dia turut bertindak meletakkan parang di leher mangsa dan menuntut supaya pihak polis beredar dari lokasi kejadian.
Dalam pada itu, pihak polis sedaya upaya telah memujuk suspek untuk melepaskan ibunya namun gagal apabila dia bertindak lebih ganas dengan mengacukan parang dan gunting ke arah mangsa.
Bimbang dengan keselamatan mangsa, pihak polis secara berhati-hati telah memotong pintu jeriji. Menyedari polis berjaya masuk, suspek kemudiannya menolak mangsa sehingga jatuh dan pengsan.
Suspek bertindak membaling kipas angin sambil menghayunkan parang ke arah pasukan polis ketika cuba menangkapnya.
Susulan itu, mengambil kira faktor keselamatan dan ancaman nyawa, polis telah melepaskan satu das tembakan yang terkena pada bahu kiri suspek.
Mangsa telah rebah ke lantai dan berjaya diselamatkan. Polis kemudiannya menghubungi ambulans bagi membantu suspek dan mangsa yang cedera.
Bagaimanapun, suspek telah disahkan meninggal di tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan mati mengejut.
Berdasarkan siasatan lanjut, suspek yang bekerja sebagai buruh sebelum ini pernah mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.
Sumber: Sinar Harian