berita

UiTM Kurangkan RM40 Yuran Konvokesyen

October 29th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: FB UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) setuju untuk mengurangkan yuran konvokesyen sesi ke-92 yang dikenakan terhadap para graduan bagi semua peringkat pengajian Diploma dan Ijazah, termasuk Ijazah doktor falsafah (PhD) susulan prihatin dengan situasi gejala pandemik Covid-19 yang kian membimbangkan.

Inisiatif kurangkan beban graduan

Foto: Konvokesyen UiTM

Peka dan prihatin dengan situasi semasa, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dan Pengurusan Tertinggi UiTM dalam satu kenyataan media hari ini, membuat keputusan untuk memberikan pengurangan yuran konvokesyen sesi ke-92 yang akan dikendalikan secara Janji Temu sebanyak RM40 bagi semua peringkat pengajian yang dikenakan terhadap para graduan.

Jumlah pengurangan yuran yang diberikan secara automatik kepada semua peringkat pengajian bertujuan untuk mengurangkan beban yang perlu dibayar oleh para graduan.

“Sebelum ini, yuran konvokesyen yang dikenakan terhadap para graduan adalah pada kadar antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian. Kini, para graduan hanya perlu membayar yuran tersebut pada kadar antara RM110 hingga RM190 sahaja” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi, “Pengurusan Tertinggi Universiti amat peka dengan situasi semasa yang sedang berlaku dan keputusan pengurangan ini merupakan antara pelbagai inisiatif  yang dilakukan UiTM untuk membantu para graduan. Ia juga bagi menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta agar pihak university prihatin dengan situasi pelajar.”

Baru-baru ini, Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu dalam norma baharu dijadualkan bermula pada 7 Nobermber 2020 ditangguh ke tarikh baharu iaitu pada 1 Disember 2020 susulan peningkatan gejala pandemik Covid-19 yang membimbangkan.

Graduan diminta mengisi dan mendaftar semula Sistem Janji Temu yang dibuka bermula 26 Oktober hingga 8 Nomvember 2020 di laman sesawang https://konvokesyen.uim.edu.my/v1/

Sumber: Konvokesyen UiTM

SKIP THIS AD ×