berita

‘Ukur Jela Badan Dia’ – Lufya Omar Ditegur Keluar Bawa Anak Beli Baju Raya

May 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Lufya Omar antara selebriti yang sering berkongsi aktiviti seharian di laman sosial termasuklah bersama anaknya iaitu Haura. Terbaru, Lufya memuatnaik sebuah video menyaksikan anak perempuannya itu dididik untuk menghulurkan sejumlah wang kepada pelancong asing yang terkandas.

Malah, dia juga turut berkongsi foto membawa anaknya itu keluar membeli keperluan dan baju raya. Tindakan tersebut disifatkan Lufya mengambil kesempatan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini respon Lufya…

Bawa anak keluar beli baju raya

Tidak hanya dengan itu, perkongsian Lufya mengenai aktiviti bersama anaknya turut mendapat respon netizen. Pelakon ini dikatakan telah membawa anaknya keluar untuk membeli keperluan raya termasuk baju raya untuk anak. Memandangkan tiada sesiapa yang menjaga anaknya di rumah, dia terpaksa bawa anak bersama dengan syarat memakai topeng muka.

‘Kenapalah bawa anak keluar..’

Netizen turut menyifatkan tindakan Lufya membawa anaknya keluar bersama ke pusat membeli-belah adalah berisiko. Meskipun, Perdana Menteri memberi kelonggaran bersyarat buat ketika ini, namun, tidak seharusnya diambil kesempatan. Tambahan, kanak-kanak antara yang mudah dijangkiti wabak berkenaan.

Lufya mengakui pada awalnya agak tersinggung dengan teguran sebegini. Dia sebagai ibu tahu yang terbaik untuk menguruskan anaknya sendiri. Malah, dia turut menghargai teguran yang ditinggalkan netizen di ruangan komen agar lebih berhati-hati.

Didik anak untuk ada sifat bersedekah

Video yang dirakam dan dimuatnaik Lufya ke laman Instagram menyaksikan anak perempuannya menghulurkan beberapa keping wang ringgit kepada warganegara Rusia yang terkandas. Lufya menyifatkan tindakan menyuruh anaknya menghulurkan wang kepada mereka adalah bagi memupuk sifat bersedekah dari usia muda.

Ramai yang DM mengatakan Russian man ini yang sengaja tak nak balik ke Russia walaupun ada pihak ingin membantu mereka pulang ke negara mereka. Katanya scammer tourist yang nak berjalan dengan cara begini. Sejauh mana kesahihannya kita tak tahu. Walaupun begitu, niat hati nak mendidik anak untuk ada sifat bersedekah. Dia gunakan untuk makan pun kita dapat pahala, kan. Fikir gitu je. Terima kasih di atas info dan komen di bawah ya. Selamat berpuasa.

Putih, hitam bukan urusan manusia

Walaubagaimanapun, posting berkenaan turut mendapat teguran daripada pengikutnya. Mereka mendakwa pelancong asing yang terkandas itu mempunyai unsur penipuan. Hanya duduk meminta simpati dengan alasan tiada wang untuk membeli makanan dan pulang ekoran wabak Covid-19 melanda dunia.

Lufya menyifatkan amalan bersedekah tidak perlu melihat kepada warna kulit mahupun bangsa. Pendek kata, kepada sesiapa sahaja kita boleh bersedekah untuk amalan.

Sumber: Lufya Alaana

SKIP THIS AD ×