Perkahwinan penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi bersama usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan ramai apabila hubungan ini tidak dapat dihidu oleh mana-mana pihak dan hanya diketahui pada hari pernikahan.
Artikel Berkaitan: Heliza Helmi Malu-Malu Masa Suami Nak Sarung Cincin, Mama Guna ‘Kuasa’ Tolong Batalkan Air Sembahyang
Majlis muslimat sahaja
View this post on Instagram
Menyambut baik berita pernikahan ini, pelakon Datin Seri Umie Aida antara rakan selebriti yang teruja dan tumpang gembira melihat kebahagiaan Heliza dan Mahadi.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Umie, 49, telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran buat Heliza dan dalam masa sama bagi meraikan pelakon Noor Khiriah yang baru sahaja selesai khatam Al-Quran.
Menurut Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, majlis itu hanya dihadiri tetamu perempuan iaitu dalam kalangan rakan selebriti dan teman rapat.
Nabila Huda, Sherry Alhadad, Betty Rahmad, Irma Hasmie dan Datin Fouziah Gous antara tetamu yang hadir pada malam itu.
Firasat seorang suami
Dalam pada itu, pelakon filem Dukun ini menyatakan dia turut menjemput Mahadi untuk hadir pada penghujung majlis bagi memberi kejutan kepada isteri tercinta.
Tanpa dirancang, Mahadi membawa ‘crown’ yang kebetulannya lupa untuk Heliza pakai bersama busana serba putih.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya cemburu dengan majlis yang disifatkan sangat indah dan mengikut syariat Islam.
Malah, ada yang mengambil contoh kasih sayang ini untuk sentiasa mengingatkan diri menjadi insan yang lebih baik.
@nailah.az_: Kita yang sebagai tetamu yang hadir pun seronok. Masya-Allah Alhamdulillah.
@madamhaziey: Bahagianya andai dapat berada dalam satu majlis ilmu macam ini. Semua yang hadir orang hebat-hebat.
@yastaein: Masya-Allah orang baik ramai sayang. Bila niat berjihad di jalan Allah kat dunia dah dapat nikmat. Macam mana la nanti di sana. Allah.. teruja dengan pasangan yang memang dah lama saya tunggu siapa orang hebat untuk Heliza.
Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Sabtu lalu.
Sehari selepas akad nikah, pasangan sama cantik sama padan ini diraikan dalam sebuah majilis resepsi yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram @umieaida9