berita

‘Ummi Mati Esok? Allah Akan Datang Jaga Kami?’ – Kisah Ibu Ajar Anak 4 Tahun Tentang Doa, Pencipta Dan Kematian

May 15th, 2018 | by faris
Kini Trending

Detik-detik membesarkan anak adalah fasa yang akan diingati oleh ibu bapa. Apatah lagi apabila berhadapan dengan telatah anak-anak yang lucu, menyentuh hati mahupun menimbulkan kemarahan, momen berkenaan akan menjadi kenangan sehingga anak dewasa.

Seorang ibu yang juga personaliti media sosial, Maria Elena Zarul berkongsi kisah mengesankan dengan anak kecilnya mengenai doa, Allah dan kematian.

Kenapa kena ikut arah ni?

Maria menceritakan anaknya, Nadrah yang berusia 4 tahun yang pada mulanya meminta doa si ibu diberikan duit yang banyak supaya dia boleh membeli mainan. Namun anak kecil itu menukar doa kepada yang lebih baik apabila diminta berbuat demikian.

Saya mula bertafakur apabila Nadrah duduk betul-betul di depan menghadap saya. Dia berkata, ‘Harap-harap ummi ada duit banyak boleh beli mainan’. Saya balas, ‘Kenapa tak hadap sini (ikut sejadah) dan berdoa pada Allah. Dia angkat tangan dan berdoa, ‘Ya Allah, aku berdoa Isaac akan jadi anak yang baik. Amiin. Tetiba.

‘Macam mana dengan doa lain?’, saya cakap. ‘Oh ya, jadikan keluarga kami keluarga yang baik. Amiin’. ‘Ummi ingat Nadrah nak mainan?’, saya mengingatkan. ‘Tak apalah. Ada ibu bapa dan adik yang baik pun ok dah’. ‘Oklah kalau macam tu.’

‘Ummi, kenapa kena ikut arah ni?’, dia merujuk kepada sejadah. ‘Hmmm, ok. Nadrah tahu pasal internet kita kan? Dia jadi kuat bila kita dalam rumah tapi bila kita keluar, takda dah. Jadi bila kita solat, kita hadap arah ni supaya doa kita lebih cepat sampai pada Allah. Tapi kalau Nadrah nak doa, boleh je buat mana-mana, bila-bila masa. Hanya bila kita solat kena ikut arah betul.’ ‘Ohh’, Nadrah kemudian membuat telahan sendiri mengenai seorang tua akan datang kerana itulah Allah.

Ummi pun akan mati juga..

‘Tak Nadrah, Allah bukan macam tu. Kita tak boleh tengok Allah, tapi bila kita tengok Allah, kita tak tahu pun. Bila kita tengok baby dan orang sakit, then baru kita rasa Allah ada. Sebab tu lah ummi selalu suruh Nadrah jumpa toknyang sebab dia sakit dan tua,’ saya ceritakan padanya.

And then dengan org tua, kita diingatkan Allah who is Ya Rahman, Ya Rahim. Death will happen, cuma kita takkan tau. “Yeah ummi, I always go see toknyang and just stand next to her bed but sometimes I climb because I want to hug and kiss her,” Nadrah said. “That’s good sayang. So you must see her all the time ok, because someday she will.. die”, actually I was going to say ‘gone’ but I said die sebab she understood what it meant already.

‘Apa? Toknyang akan mati?’ dia terkejut.

‘Ya Nadrah. Ummi pun akan mati’, ucap saya.

Nadrah mula menangis. ‘Ummi mati esok?’ dia tunduk ke pangkuan saya. ‘Bukanlah esok sayang. Tapi mungkin juga. Ummi tak tahu. Mungkin lambat lagi, mungkin kejap je lagi,’ saya katakan padanya. ‘Sebab tulah ummi dan abah suruh Nadrah belajar supaya Nadrah tahu apa nak buat bila kami tak ada.

Tu la, Nadrah tahu tengok video dekat phone tapi tak belajar pun nak call orang’, sempat lecture pasal using the phone for more than just watching something or play games. And then I told her who she should call and ask for help. Of course the first person would be @hunnymadu sebab she facetime with Eva almost everyday.

Jadi Allah akan datang dan jaga kami?

Selepas menerangkan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan di rumah, saya katakan padanya, ‘Sebab tulah ummi solat, baca Quran dan berdoa tiap masa. Sebab ummi nak Allah lindungi kita dan kalau apa-apa jadi pada ummi dan abah, Allah akan pastikan Nadrah dengan Isaac okay’.

‘Jadi Allah akan datang dan jaga kami?’, Nadrah still tak faham sangat.

‘No, tapi Allah akan hantar orang untuk tolong kita’.

‘Oh! Macam pakcik yang datang masa Nadrah sorang-sorang, macam tu?’ benda ni saya harap tak pernah terjadi sebelum ni. Terlalu perit untuk dikenang, tapi saya faham semuanya tidak disengajakan.

‘Ya, macam pakcik tu. Kalau bukan sebab pakcik tu Nadrah…’ saya mula menangis. Semua kesilapan lalu saya telah lakukan pada anak-anak mula terimbau di minda. Kalau anda rasa anda makin bijak lepas anak pertama, tapi hakikatnya tak.

Hakikatnya tak. Kalau bukan sebab Allah gerakkan i atau hadirkan orang yang baik… I don’t know what to think.. “That’s why ummi always solat and do all this. Because Allah can protect all of us when ummi cannot”. Nadrah was crying a bit when she saw me crying.

Sebab nilah kena solat dan berdoa pada Allah

“So that’s why you must also doa and solat to Allah ok?”, I said. “Yes. I must solat in this direction right!”, suddenly Nadrah so confident.
I nodded. “Ok ummi, I want to sleep now”, Nadrah said suddenly.
Tergelak I. Sebab biasanya kita kena paksa dia tido. Too much emotional stuff kot for her ?
The end.
Ps: Sorry if any religious stuff i said ni tak betul tp it’s really kinda challenging trying to explain concept of islam to an almost-5yo. ? sorry for the long story too. Some parts were altered sebab tak boleh expose hehee.

Sumber: Maria Elena Zarul 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×