Kalau dah jodoh tak ke mana. Soal jodoh, ajal maut semua di tangan Allah. Walaupun bercinta setengah mati, jika bukan dia yang tertulis di Loh Mahfuz, sudah tentu tidak ke mana juga kan?
Siapa sangka, rupanya Ummi Nazeera adalah ‘dalang’ disebalik penyatuan Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid yang baru sahaja sah bergelar suami isteri tempoh hari. Ummi berkongsi kisah ‘mengenenkan’ pasangan itu di awal perkenalan mereka.
Mahu ambil kredit kenalkan Izara pada Adib
Ummi mengimbau kenangan detik-detik awal perkenalan Izara dan Adib dan mahu mengambil kredit atas usahanya menjadi matchmaker pasangan itu. Adib menurut Ummi, adalah rakan zaman kanak-kanaknya, mereka merupakan rakan sekelas ketika tingkatan satu dan dua seterusnya di zaman universiti.
Help say good things about me to Izara
Cerita Ummi lagi, Adib pernah menefonnya bertanyakan sama ada Ummi menghadiri konsert ‘Mak Iti’ (panggilan Adib kepada ibu tirinya, Siti Nurhaliza). Adib kemudiannya meminta Ummi merekomenkan dirinya kepada Izara dan mahu mengenali Izara dengan lebih rapat.
Ummi pernah digosipkan dengan Adib
Selepas menghadiri konsert berkenaan, media pernah menggosipkan Ummi dan Adib walaupun ketika itu Ummi hanya bertindak sebagai matchmaker Adib-Izara sahaja. Malahan menurut Ummi, dia duduk di antara Adib dan Izara malam itu dan Adib pun masih malu-malu bercakap dengan Izara.
Sumber: Ummi Nazeera