Pelakon, Ummi Nazeera yang sudah sebati dengan sepak terajang industri hiburan terpanggil untuk menasihati pelakon baharu supaya tidak mudah terjebak dengan cinta lokasi.
Artikel Berkaitan: Suami Jelaskan Ummi Nazeera Tidak Sertai Politik, Ia Adalah Badan Amal – ‘Saya Orang Pertama Akan Halang Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Gimik’ – Aliff Aziz Nafi Sophia ‘Tersuka’ Hanya Untuk Naikkan Rating Drama
Isu cinta lokasi
Ummi yang lebih 15 tahun bergelar pelakon turut prihatin dengan isu cinta lokasi yang membabitkan pelakon baharu dalam industri seni lakonan.
Bagi pelakon yang baharu memasuki dunia penggambaran, perasaan ingin kenal dengan rakan pelakon lain itu sangat tinggi sehingga akan mewujudkan cinta lokasi. Cuma nasihat saya sebagai pelakon senior jangan cuba-cuba.
Dalam pada itu, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini mengakui cinta lokasi sememangnya wujud, malah turut membuatkan seseorang pelakon itu hilang fokus terhadap kerja sehingga mampu mengganggu proses penggambaran.
Berdasarkan pengalaman yang terjadi depan mata, seeloknya jangan ada cinta lokasi. Ini kerana perkara itu akan mengganggu fokus dan kerja orang lain di set. Bayangkan kalau mereka berdua bergaduh, secara automatik akan merosakkan proses dan kerja orang di belakang tabir. Akhirnya tak boleh teruskan penggambaran.
Tunggu hingga selesai penggambaran
Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 33 tahun ini berpendapat sebaiknya simpan dahulu perasaan tersebut sehingga selesai sesi penggambaran, namun jika masih mempunyai perasaan selepas itu boleh sahaja diluahkan.
Kalau masih ada cinta mengapa tidak? Cuma saya rasa simpan dan pendam dulu perasaan itu sehingga habis penggambaran. Saya pernah lihat pasangan cinta lokasi yang bergaduh di set penggambaran. Bila tengah marah nak kawal emosi pun susah.
Sumber: Harian Metro