Kontroversi yang melibatkan penyanyi Aliff Aziz bersama aktres Sophia Al Barakbah didakwa semata-mata untuk menaikkan rating drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang akan ditayang mulai 6 Februari ini.
Artikel Berkaitan: Dituduh Bertepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi, Bella Astillah Balas Aliff Bukan Malaikat – ‘Dia Ada Niat Nak Berubah’
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Keruhkan Keadaan, Sophia AlBarakbah Ingin Isu Ganggu Rumah Tangga Bella Astillah & Aliff Aziz ‘Hilang Sendiri’
Artikel Berkaitan: Sophia AlBarakbah Tidak Muncul Di Sidang Media Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Bukan gimik
Rentetan itu, pelakon yang berasal dari Singapura itu menegaskan bahawa konflik ini bukanlah semata-mata gimik bagi mempromosikan karya terbaru mereka.
Tegas aktor berumur 32 tahun ini, dia tidak akan pernah bersetuju untuk melakukan perkara tersebut demi populariti drama.
Kontroversi ini pun bukan sengaja dicetuskan atau ingin membuat kecoh tetapi berlaku dengan sendiri. Ini bukan gimik pemasaran sebab perkara sebegini bukan satu hal yang menggembirakan pun untuk saya dan juga orang lain.
Aliff berkata demikian ketika ditemui sesi sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, yang diadakan di Park 88, Damansara, pada Selasa.
Karya dapat tempat di hati penonton
Dalam pada itu, Aliff Aziz atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz berharap agar drama ini ‘meletop’ disebabkan jalan cerita bukan semata-semata kerana kemelut ‘tersuka’ ini.
Semoga karya ini dapat naik dengan sendiri berbanding perlu melakukan gimik. Harap kita semua dapat move on dan saya menjadi insan lebih baik selepas ini.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.