berita

UMNO Umum Tidak Sertai Pakatan Nasional

July 30th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Parti politik UMNO hari ini telah membuat keputusan bahawa tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN). Perkara ini diumumkan menerusi Facebook rasmi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden UMNO menyatakan bahawa UMNO akan memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

UMNO keluar dari PN

Hasrat BERSATU ini akan diperbincangkan dengan PAS untuk diperhalusi.

Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Menurutnya, sokongan kerajaan PN pada waktu ini hanya berdasarkan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.

BERSATU akan turut serta

Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat BERSATU sekiranya berkemampuan memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.

Selain itu, dia turut menyatakan bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersama Ahli Parlimen BN telah meluahkan hasrat untuk membawa partinya menyertai MN.

Laporan sidang media

Sumber: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!