berita

‘Umpan’ Guna Aplikasi Snapchat, Remaja Lelaki 13 Tahun Dibunuh

January 6th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pihak polis menahan empat remaja lelaki dan seorang remaja perempuan kerana disyaki membunuh rakan sebaya dengan menikam mangsa sehingga mati. 

Remaja lelaki, 13 tahun itu ditikam hingga mati dan kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 3.30 petang pada waktu tempatan di sebuah taman di Berkshire, United Kingdom, Ahad lalu.

Dibunuh oleh rakan sebaya

Foto: The Sun

Menurut laporan The Sun, Polis Thames Valley menahan lima remaja itu yang semuanya berusia 13 hingga 14 tahun. Oliver Lucas Stephens, atau lebih dikenali sebagai Olly ditemui mati di taman berkenaan selepas beberapa penduduk tempatan terserempak dengan sekumpulan remaja yang mencurigakan dan mengerumuni mangsa yang sedang berlumuran dengan darah.

Sehubungan dengan itu, pihak polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan pada pukul 4.00 petang. Pegawai polis meminta sesiapa sahaja yang berada di kawasan itu dalam waktu terdekat yang mungkin boleh menjadi saksi untuk tampil menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Susulan itu, pihak polis menahan kelima-lima remaja itu selepas memeriksa telefon bimbit dan komputer milik mangsa. Pihak polis menjumpai satu perbualan di aplikasi snapchat antara mangsa dan rakan sebayanya itu yang  ‘mengumpan’ mangsa berjumpa di kawasan taman yang cantik. Pihak polis juga percaya perbualan itu mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Menurut Deputi Supritendan Brown, dia percaya akan ada beberapa saksi yang akan tampil untuk membantu siasatan kerana kawasan itu merupakan kawasan yang padat dengan penduduk yang sering lalu-lalang.

Sumber: The Sun.

SKIP THIS AD ×